Sektor halal: Perak pikat lima pelabur asing

IPOH – Kerajaan Negeri Perak berjaya menarik minat lima syarikat asing yang berpotensi melabur dalam sektor halal di negeri.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia hasil lawatan kerja beliau ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia di Dubai (MIHAS@Dubai) dan Lahore, Pakistan, minggu lalu.

Katanya, kesemua syarikat berkenaan membabitkan sektor makanan dan farmaseutikal yang masing-masing dari China, India, Pakistan.

Sektor halal negeri Perak pikat lima pelabur asing syarikat saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir ke Majlis Apresiasi Jelajah Nyalaan Bara Api Bersama Cikgu Saarani dan Penyerahan Watikah YP Smart Target SPM 2024 Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 NOVEMBER 2024.

“Kita mengambil kesempatan berbincang dengan pelabur-pelabur yang berpotensi itu dan memperkenalkan Taman Industri Halal Perak (HIP), di Lekir.

“Kita juga menawarkan ataupun membuat promosi supaya mereka bersedia untuk datang melabur. Insya-Allah mereka akan datang untuk melihat kawasan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas program Jelajah Nyalaan Bara Api Bersama Cikgu Saarani dan Penyerahan Watikah YP Smart Target Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 di Pusat Konvensyen Casuarina Meru, dekat sini, pada Rabu.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah; Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr Nasreen Khanum Nawab Khan dan Pengarah Pendidikan Negeri, Safuan Raba’ai.

Sektor halal negeri Perak pikat lima pelabur asing syarikat saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sidang media pada Majlis Apresiasi Jelajah Nyalaan Bara Api Bersama Cikgu Saarani dan Penyerahan Watikah YP Smart Target SPM 2024 Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 NOVEMBER 2024.

Saarani sebelum itu diminta mengulas berkenaan lawatan kerja delegasi kerajaan negeri yang disertai beliau bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Dubai pada 18 sehingga 20 November lalu.

Media melaporkan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) telah memuktamadkan MIHAS@Dubai dengan jualan melangkaui sasaran sebanyak 120 peratus kepada RM2.2 bilion.

Mengulas lanjut Saarani berkata, sepanjang lawatan di Dubai kerajaan negeri mengadakan sesi perbincangan bersama dua syarikat dalam sektor agro, iaitu Olam Group dan Kumpulan Allana.

Sektor halal negeri Perak pikat lima pelabur asing syarikat saarani
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyerahkan sijil Duta Harapan SPM 2024 ketika hadir pada Majlis Apresiasi Jelajah Nyalaan Bara Api Bersama Cikgu Saarani dan Penyerahan Watikah YP Smart Target SPM 2024 Peringkat Negeri Perak di Hotel Casuarina @ Meru, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 NOVEMBER 2024.

Kata beliau, perbincangan bersama Olam Group menumpukan kepada peluang kerjasama dalam perdagangan pertanian, pembangunan infrastruktur moden, serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).

Saarani menambah, kerjasama strategik yang dijalinkan dengan Kumpulan Allana dijangka memperkukuhkan kedudukan Perak sebagai hab pengagihan serantau bagi produk makanan.

“Selepas ke Dubai, delegasi kerajaan negeri mengadakan lawatan ke Lahore, Pakistan untuk kita meninjau kilang syarikat Leiner Gelatine Sdn Bhd yang menghasilkan produk gelatin halal.

“Kita meninjau kilang ini dan melihat bagaimana mereka berjaya hasilkan gelatin daripada tulang yang mana industri sama hendak dibawa ke Lekir,” katanya lagi.

Perak HIP seluas 47 hektar yang diselia Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) dijangka mula dibangunkan pada 2025 dengan fokus kepada tiga segmen utama iaitu ekosistem industri gelatin halal, logistik dan sejuk beku serta pemprosesan makanan dan daging.

Tapak strategik yang terletak di jajaran Lebuhraya Pantai Barat (WCE) akan dilengkapi teknologi hijau, Internet of Things (IoT), pensijilan halal, Amalan Pengilangan Baik (GMP) dan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Syarikat Pakistan mahu melabur di Taman Industri Halal – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI