Selepas 37 hari hilang, nasib Bella masih belum diketahui

BATU PAHAT – Polis Daerah Batu Pahat masih meneruskan siasatan kes membabitkan Bella atau nama sebenarnya Mila Sharmilah Samsusah, 32, yang sudah 37 hari menghilang.

Setakat ini tiga individu sudah ditahan dan lapan lagi individu telah dipanggil untuk direkodkan keterangan

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, ACP Ismail Dollah berkata, buat masa pihaknya sedang menunggu laporan forensik dan pihak-pihak berkaitan.

“Kita sudah mengambil tindakan arahan-arahan daripada Timbalan Pendakwa Raya. Sedikit masa lagi kita akan kembalikan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Batu Pahat.

Sementara itu, tinjauan di kediaman Bella dekat Jalan Kelapa Bali Taman Soga dekat sini mendapati rumah itu kosong namun lampu di beranda masih bernyala.

Malah, pagar di hadapan dan di belakang kediaman Bella juga berkunci.

Bella, ibu tunggal kepada dua anak berusia dua hingga empat tahun dilaporkan hilang pada 14 Disember lalu.

Polis membuka kertas siasatan selepas menerima laporan yang dibuat ahli keluarga Bella pada 16 Disember lalu.

Bella dilaporkan keluar rumah bersama teman lelakinya untuk ke kedai dobi pada 11.50 malam dengan menaiki sebuah kereta.

Namun, kehilangan wanita itu hanya disedari pada keesokan hari selepas kakaknya, Norhisham, 36, gagal menghubunginya selain mesej dihantar tidak dijawab.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI