Seminar Pemerkasaan PPS bantu bendung salah laku pelajar di Perak

IPOH – Kes salah laku dan disiplin dalam kalangan pelajar di Perak agak membimbangkan bagi suku pertama tahun ini, susulan itu Seminar Pemerkasaan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Kontinjen Perak dianjurkan bagi mengekang masalah tersebut.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Noordin berkata, seminar tersebut bertujuan memahirkan dan memperkasakan PPS bagi membendung salah laku disiplin dan kejadian jenayah dalam kalangan pelajar sekolah.

Menurutnya, seminar kali pertama ini melibatkan 150 orang pegawai kanan polis dan 150 orang guru disiplin daripada 16 buah daerah di seluruh Perak.

Selain itu, beliau berkata, penceramah terdiri daripada pelbagai agensi dan latar belakang disiplin antaranya dari Polis Kontinjen Perak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Timbalan Pendakwa Raya Perak dan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk).

“Kepekaan dan kerjasama di antara pihak polis dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) adalah mustahak, dan tindakan pantas amat diperlukan untuk kita mengekang, supaya kejadian disiplin atau salah laku ni tidak terus merebak menjadi lebih parah.

“Bukan saya katakan sekolah-sekolah semua begitu, tapi kita ambil langkah-langkah pencegahan awal sebelum menjadi lebih teruk,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Seminar Pemerkasaan PPS Kontinjen Perak di Dewan Bankuet Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Selasa.

Seminar Pemerkasaan PPS bantu bendung salah laku pelajar di Perak
Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin bergambar bersama penerima sijil penghargaan pada Majlis Perasmian Penutup Seminar Pemerkasaan Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Kontinjen Perak Bil. 1/2026 di Dewan Bankuet Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Bandar Meru Raya, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 07 APRIL 2026.

Dalam pada itu, Noor Hisam berharap seminar tersebut akan menjadi pemangkin dan pemula untuk ke arah kerjasama yang lebih kukuh di antara polis dan sekolah.

“Untuk makluman, polis dan JPN, juga di peringkat Persekutuan, kita sentiasa ada mesyuarat pemuafakatan yang kita buat setahun dua kali untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pelajar, disiplin dan yang berkaitan dengan salah laku.

“Hubungan antara sekolah-sekolah ataupun kementerian, JPN dengan polis memang berterusan, bukan setakat seminar ini saja.

“Kita ada kaedah yang sesuai untuk membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan disiplin, apatah lagi jenayah yang dilakukan oleh para pelajar sekolah ini,“ ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kes lelaki maut ditetak: Perselisihan antara kumpulan disyaki punca, tiada unsur perkauman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI