Semua agensi, jabatan diminta sedia hadapi gelombang keempat MTL

CAMERON HIGHLANDS – Semua agensi dan jabatan yang terlibat dalam pengurusan bencana banjir diminta untuk bersiap sedia dalam menghadapi gelombang keempat Monsun Timur Laut (MTL).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, justeru semua aset akan diselaraskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

“Saya harap semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah dan negeri dapat menyelaraskan semua aset untuk menghadapi MTL ini.

“Jadi saya berharap tindakan segera dapat diambil mengikut SOP dalam menghadapi bencana banjir ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan rasmi ke lokasi pasca bencana Kampung Orang Asli Sungai Ruil, dekat sini, pada Sabtu.

banjir johor MTL monsun timur laut banjir zahid hamidi monsun banjir johor MTL monsun timur laut banjir zahid hamidi monsun banjir johor MTL monsun timur laut banjir zahid hamidi monsun
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sesi sidang media selepas melihat tapak kejadian tanah runtuh di Kampung Orang Asli Sungai Ruil, Cameron Highlands. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 06 JANUARI 2024.

MTL atau musim tengkujuh dijangka bermula pada 11 november tahun lalu dan dijangka berterusan sehingga Mac 2024.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebelum ini dalam satu kenyataan meramalkan dalam tempoh itu empat hingga enam episod hujan lebat dijangka berlaku.

Dalam pada itu mengulas berkenaan situasi banjir di Johor, Ahamd Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara memaklumkan paras air di negeri itu semakin meningkat.

Jelas beliau, satu lagi daerah terlibat menjadikan pertambahan lima daerah terjejas akibat banjir di negeri itu.

Namun katanya, semua pusat pemindahan sementara (PPS) di kelola dengan baik dan tebatan banjir juga dibuat untuk program jangka panjang menghadapi bencana itu. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Masjid, surau diminta adakan solat hajat doakan keselamatan mangsa banjir

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI