Semua kanak-kanak GISBH di Perak sudah dituntut waris

IPOH – Semua kanak-kanak Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) di Perak sudah dituntut oleh ibu bapa dan waris masing-masing.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, jumlah itu melibatkan 55 kanak-kanak yang sebelum ini ditempatkan di rumah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Saya difahamkan semua dah clear (selesai). Kebetulan semalam saya sempat pergi ke tempat perlindungan itu dan semua dah clear,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Gadis Hebat Negeri Perak 2025 di Kolej Poly-Tech Mara, di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak), Jamilah Zakaria dan Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Perak, Mohamad Faizal Haramaini.

Sebelum ini, ratusan kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak pengikut GISBH diselamatkan polis melalui Ops Global yang dilaksanakan di beberapa negeri.

Pada 17 Disember lalu, Salbiah memaklumkan sebahagian besar daripada 55 kanak-kanak sudah dituntut ibu bapa dan waris masing-masing.

Beliau turut dilaporkan berkata, mereka yang belum diserahkan kepada ahli keluarga atau waris masih melalui beberapa proses siasatan dijalankan pihak polis. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pihak berwajib perlu beri penerangan jelas isu GISBH

Majoriti kanak-kanak GISBH di Perak sudah dituntut keluarga, waris

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI