Semua lawatan menteri ke luar negara dihentikan sementara – Fahmi

PUTRAJAYA – Semua lawatan jemaah menteri ke luar negara dihentikan sementara yang berkuatkuasa serta-merta, kata Jurucakap Kerajaan yang juga Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil.

Beliau berkata, ia bagi memastikan jemaah memberi fokus dan keutamaan kepada pelaksanaan beberapa program serta persiapan menuju Belanjawan 2026 yang akan dibentang Perdana Menteri pada 10 Oktober ini.

“Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari ini telah dimulakan dengan arahan daripada Perdana Menteri agar semua lawatan menteri ke luar negara adalah dihentikan sementara.

“Arahan ini berkuasa-kuasa serta-merta kecuali bagi mesyuarat-mesyuarat berjadual ataupun perkara-perkara yang telah diberi pertimbangan khusus oleh Jemaah Menteri,” katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

Beliau berkata, arahan Datuk Seri Anwar Ibrahim antara lain untuk persediaan bagi menghadapi Sidang Kemuncak ASEAN yang akan berlangsung pada akhir Oktober.

“Jadi keputusan ini telah dibuat dan akan berkuasa-kuasa serta-merta,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI