Seorang daripada pasangan suami isteri melecur meninggal dunia

IPOH: Seorang daripada pasangan suami isteri yang melecur dalam kebakaran melibatkan dua buah kenderaan yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Taman Utama, Bercham, di sini pada Rabu, telah meninggal dunia.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, lelaki berusia 64 tahun yang melecur 90 peratus disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 6.52 petang, semalam.

Menurut Mohd Yusri, isteri mangsa berusia 54 tahun yang melecur 70 peratus masih tidak sedarkan diri dan sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi HRPB.

“Pihak polis telah menjalankan siasatan di mana beberapa tindakan telah kita ambil, di antaranya ialah sampel daripada kereta dan motosikal yang terbakar telah diambil oleh pihak forensik PDRM Perak.

“Pihak forensik bomba juga telah membuat pemeriksaan dan kita akan menunggu laporan apa ni daripada forensik bomba untuk apa ni sebab-sebab kebakaran ataupun kes tersebut,” katanya.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak bagi Bulan Mac 2024 di pekarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Mohd Yusri berkata, pihak polis juga telah merakam percakapan empat orang saksi yang terdiri daripada dua orang jiran dan dua orang anak mangsa wanita.

“Semakan mendapati kenderaan yang terbakar didaftar atas nama anak perempuan mangsa dan laporan awal forensik pihak bomba juga dijangka diperolehi dalam tempoh tiga hari bekerja, bagi menentukan arah tuju siasatan polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.

MG Perak sebelum ini melaporkan pasangan suami isteri melecur selepas terbabit dalam kebakaran melibatkan dua buah kenderaan yang diparkir di hadapan sebuah rumah di Taman Utama, Bercham di sini, pada Rabu.

Mangsa lelaki berusia 60 tahun dan wanita berusia sekitar 50-an melecur hampir keseluruhan badan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Suami isteri melecur dalam kebakaran

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI