Seorang wanita, dua kanak-kanak cedera, dua kereta bertembung

BAGAN SERAI – Seorang wanita dan dua kanak-kanak cedera selepas dua kenderaan dipercayai bertembung dalam kejadian di Jalan Bagan Serai, di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.57 pagi.

Menurutnya, sepasukan lima anggota darpada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit Buntar, dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan tersebut.

“Ketika tiba di lokasi kejadian didapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah kereta jenis Nissan Almera dipandu seorang wanita berusia 40 tahun bersama tiga kanak-kanak perempuan berusia antara dua hingga 12 tahun dengan kereta jenis Proton Persona dipandu seorang lelaki.

“Kemalangan itu mengakibatkan pemandu kereta Nissan Almera serta kanak-kanak perempuan berusia dua tahun cedera ringan manakala seorang lagi kanak-kanak berusia 12 tahun turut mengalami kecederaan di kepala dan kaki.

“Seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang menaiki kereta Nissan Almera serta pemandu kereta Proton Persona tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, ketua operasi melaksanakan penilaian seterusnya mengaplikasikan konsep SAVER atau Pendekatan Sistem Untuk Menyelamat Mangsa Terperangkap dengan mengarahkan anggota melaksanakan kerja penyelamatan dengan membantu mengeluarkan kesemua mangsa yang berada di dalam kereta.

“Mangsa yang cedera turut diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke hospital Parit Buntar untuk menerima rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, operasi terkawal pada jam 7.15 pagi dan tamat sepenuhnya jam 7.40 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki warga emas maut, dua cedera nahas lori, kereta di JRTB

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI