Sesak 18 km lori kontena bawa minyak masak mentah terbalik

TAPAH – Sebuah lori kontena yang membawa minyak masak mentah terbalik dan merintangi jalan di Kilometer (KM) 329.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran susur keluar Tapah sehingga menyebabkan kesesakan hampir 18 km, hari ini.

Nahas yang berlaku sekitar jam 9 pagi itu menyebabkan muatan minyak masak mentah tumpah di lebuh raya.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.03 pagi.

Menurutnya, sejurus menerima panggilan tersebut sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati seorang mangsa cedera.

“Anggota kemudiannya melakukan bantuan khidmat khas membersihkan jalan raya daripada tumpahan minyak masak mentah yang dibawa lori kontena tersebut serta membuat pemantauan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kemerbahayaan.

“Kerja-kerja pembersihan jalan dilakukan bersama-sama dengan pihak PLUS. Kedua-dua lorong ke arah utara telah dibuka sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Sementara itu, PLUS menerusi laman X memaklumkan sehingga jam 2 petang tadi lorong kiri dan kanan jalan telah dibuka manakala lorong kontra telah dinyahaktifkan.

“Trafik masih perlahan 18 km. Sila rancang perjalanan anda. Pandu berhati-hati,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kemalangan tiga lori: Seorang maut, aliran trafik terhenti 13km

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI