Setahun Kerajaan Madani: Diskaun kompaun saman trafik PDRM sehingga 50 peratus

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani bermula dari 8 hingga 10 Disember ini.

Program bakal berlangsung di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, kata Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri.

“Tawaran pengurangan kompaun saman ini tidak termasuk kesalahan lalu lintas bagi tahun 2023 yang melibatkan saman kemalangan, kes mahkamah yang berstatus waran tangkap atau masih dalam perbicaraan dan kesalahan tidak boleh dikompaun.

“Pembayaran kompaun hanya boleh dibuat di kaunter semakan dan pembayaran saman trafik di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil,” katanya dalam kenyataan.

Menurut Mohd Azman, pembayaran boleh dibuat bermula 9 pagi hingga 4 petang pada Jumaat ini dan 9 pagi hingga 6 petang pada hari Sabtu dan Ahad ini.

Sehubungan itu, orang ramai digalakkan untuk membuat semakan awal saman yang dimiliki terlebih dahulu melalui portal dan aplikasi MyBAYAR PDRM sebelum hadir ke kaunter bayaran saman bagi mengelak kesesakan di lokasi dan seterusnya melancarkan proses pembayaran saman,” katanya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI