Shamsul Anuar harap kerja naik taraf jalan Jeli-Gerik dilaksana segera

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berharap kerja naik taraf Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) seperti diumumkan kerajaan susulan kejadian kemalangan maut melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) kelmarin dilaksanakan segera.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Dalam Negeri berkata, sebagai wakil rakyat di kawasan itu yang mana ramai penduduknya menggunakan JRTB setiap hari, beliau berharap jalan raya tersebut sentiasa selamat untuk dilalui.

Dalam masa sama, beliau berharap Kementerian Kerja Raya (KKR) menambah peruntukan serta melihat pelbagai aspek lain bagi memastikan JRTB selamat digunakan oleh pengguna dari seluruh negara.

“Apa pun saya ucapkan terima kasih atas pelbagai usaha yang telah dilakukan oleh KKR termasuk peruntukan yang telah disalurkan.

“Namun harap ia ditambah mengambil kira ini jalanraya antara jalan penghubung utama ke Pantai Timur dan berisiko tinggi dan penting menjadi jalan yang selamat digunakan,” katanya menerusi hantaran di laman sosial Facebook beliau hari ini.

Keadaan bangkai bas persiaran yang terbabit dalam nahas jalan raya yang mengorbankan 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, awal pagi tadi. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 JUN 2025.

Shamsul Anuar mengulas mengenai komen dan pandangan daripada orang ramai berhubung pengumuman peruntukan dan kerja naik taraf jalan ray aitu susulan kejadian kemalangan melibatkan bas ekspres yang meragut nyawa 15 penuntut UPSI kelmarin.

Antara peruntukan yang diluluskan adalah kira-kira RM9 juta juta untuk kerja-kerja membaiki jalan, menurap dan sebagainya dalam kawasan pentadbiran Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Perak yang akan dilaksanakan tahun ini.

Selain itu, kontraktor juga telah dilantik bagi tujuan memasang sekitar 380 lampu solar di kawasan-kawasan tertentu di lebuh raya tersebut yang telah dikenal pasti oleh JKR Perak dan JKR Hulu Perak.

Bagaimanapun, orang ramai menyifatkan peruntukan RM9 juta dan pemasangan 380 lampu solar seperti diumumkan tidak memadai dan berharap inisiatif sama dilaksanakan pada keseluruhan jalan hingga ke Jeli, Kelantan oleh JKR Kelantan.

Sementara itu, Shamsul Nasarah berharap banyak pandangan baik yang disuarakan pengguna itu dinilai serta diambil perhatian dan tindakan oleh semua pihak yang berkaitan.

“Semua yang memberikan pandangan ini saya percaya adalah bagi memastikan jalan raya ini selamat digunakan,” katanya. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan:

Nahas pelajar UPSI: Kerajaan jamin siasatan terperinci

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI