Sharifah Khasif terharu di anugerah Tokoh Maal Hijrah Perak

IPOH – Qariah negara, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Mohd Badiuzzaman dianugerahkan Tokoh Maal Hijrah Peringkat Negeri Perak Tahun 1447H.

Johan Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa dan Qariah Terbaik Keseluruhan 2009 itu berkata, anugerah yang diterimanya itu didedikasikan buat Allahyarham bapanya, Syed Mohd Badiuzzaman Syed Lope Alyahya.

Anak jati Ipoh itu menerima anugerah yang disampaikan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah 1447H peringkat negeri Perak pada Khamis.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak kepada Pengarah Akademi Sharifah Khasif, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman pada Sambutan Ma’al Hijrah Negeri Perak Darul Ridzuan 1447H di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 JUN 2025.

Sharifah Khasif, 43, berkata, Allahyarham bapanya itu merupakan tulang belakang utama beliau dalam perjalanan mempelajari, mendekati dan mendalami Al-Quran.

“Anugerah ini untuk ayahanda saya, kalau dia masih ada pasti dia yang paling gembira melihat kejayaan anaknya ini.

“Saya masih ingat pesanan Allahyarham kalau kita jadi ahli al-Quran, insya-Allah kita akan dapat apa yang kita mahukan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis berkenaan di Hotel Casuarina@Meru, di sini, malam tadi.

Sharifah Khasif berkata, beliau bukanlah seorang individu yang hebat hanya seorang hamba Allah yang sangat mencintai Kalamullah.

Pengarah Akademi Sharifah Khasif, Sharifah Khasif Fadzillah Syed Badiuzzaman bersama keluarga menunjukkan Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Perak ketika ditemui pada Sambutan Ma’al Hijrah Negeri Perak Darul Ridzuan 1447H di Hotel Casuarina@Meru, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 26 JUN 2025.

“Ini adalah satu pengiktirafan bahawa betapa besarnya keagungan al-Quran yang mana kita angkat seikhlas hati, Allah sendiri akan martabatkan seseorang itu,” katanya.

Pada majlis itu, beliau menerima hadiah yang disampaikan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berupa wang tunai RM15,000, pakej umrah bernilai RM9,000, plak dan sijil. -MG Perak

Menurut Pengarah Akademi Sharifah Khasif itu, beliau mahu meneruskan matlamatnya dalam melahirkan generasi muda yang mencintai al-Quran.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI