Siasat warden acuh tak acuh, UPNM mesti pulihkan keyakinan ibu bapa – Puad

KUALA LUMPUR – Walaupun enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) telah dijatuhan hukuman gantung oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini namun kes Allahyarham Zulfarhan belum lagi selesai.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, ia kerana terdapat dakwaan mengenai warden yang acuh tak acuh dalam kes berkenaan.

“Katanya kalau dia siasat apa yang berlaku di bilik 4-1 Blok Satria, Zulfarhan mungkin boleh diselamatkan,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Lantaran itu, perkara ini mesti disiasat dan Tindakan tegas mesti diambil.

“Jangan jawab itu hearsay. UPNM mesti pulihkan keyakinan ibu bapa,” ujarnya apatah lagi apabila ibu dan bapa Allahyarham Zulfarhan bersumpah tidak akan membenarkan anak cucu mereka belajar di universiti berkenaan.

Maknanya, mereka dan mungkin ramai lagi ibu bapa lain merasakan UPNM bukan tempat yang selamat untuk anak-anak mereka menimba ilmu.

Mahkamah Rayuan baru-baru ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas enam bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) atas kesalahan membunuh Pegawai Kadet Laut, Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain, tujuh tahun lalu.

Perkara itu diputuskan secara sebulat suara oleh panel tiga hakim yang dipengerusikan Datuk Hadhariah Syed Ismail bersama Mohamed Zaini Mazlan dan Datuk Azmi Ariffin selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan bagi mengekalkan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaaan.

Mereka ialah Muhammad Akmal Zuhairi Azmal, Muhammad Azamuddin Mad Sofi, Muhammad Najib Mohd Razi, Muhammad Afif Najmudin Azahat, Mohamad Shobirin Sabri dan Abdoul Hakeem Mohd Ali. – MalaysiaGazette

Artikel Berkaitan:

Enam bekas pelajar UPNM bersalah membunuh Zulfarhan – Mahkamah Rayuan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI