Sidang Dun Perak akan bentang dua usul persendirian

IPOH – Dua usul persendirian akan dibentang dan dibahaskan pada Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15.

Sidang yang bakal berlangsung di Bangunan Perak Darul Ridzuan selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Julai ini.

Speaker DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, dua usul persendirian itu diterima daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Keranji, Angeline Khoo Hai Yen dan ADUN Simpang Pulai, Wong Chai Yi.

Menurutnya, usul pertama yang dikemukakan ADUN Keranji adalah mengenai cadangan memperkenalkan Enakmen atau Peraturan baharu berkaitan pengawalan haiwan-haiwan berkeliaran di negeri Perak dengan mewujudkan satu Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan yang dianggotai oleh Ahli-Ahli Dewan Negeri.

“Usul tersebut pada asalnya hanya mengehadkan kepada lembu dan kerbau, tetapi Speaker telah menggunakan kuasanya di bawah Perintah Tetap untuk meminda sedikit usul yang telah dihantar kepada kepada pihak dewan dengan memasukkan semua haiwan-haiwan berkeliaran.

“Maknanya ia tidak terhad kepada lembu kerbau sahaja. Mungkin melibatkan anjing liar, babi hutan, gajah dan sebagainya.

“Manakala, usul kedua oleh ADUN Simpang Pulai berhubung cadangan mengadakan persidangan khas bagi menangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat yang akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat di negeri ini.

“Seramai enam orang ADUN akan diberikan peluang untuk berbahas bagi setiap usul pada persidangan pertama dan kedua melibatkan tiga dari blok kerajaan manakala tiga lagi daripada blok pembangkang,” katanya.

Sidang Dun Perak akan bentang dua usul persendirian
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid pada sidang media sempena Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Turut hadir, Timbalan Speaker DUN Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Canning, Jenny Choy Tsi Jen. Foto ABDULLAH YUSOF, 04 JULAI 2024.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua, DUN Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada Khamis.

Hadir sama, Setiausaha DUN Perak, Abdul Majid Abdul Rahim dan Timbalan Speaker DUN Perak yang juga ADUN Canning, Jenny Choy Tsi Jen.

Dalam perkembangan sama, Mohammad Zahir berkata, pada sidang kali ini tempoh sesi soalan lisan akan berlangsung selama tiga jam.

“Sebelum ini, kita pernah ada sidang dewan yang kita buat satu jam saja soalan lisan dan ada masa kita bagi satu jam setengah atau dua jam tetapi kali ini kita buat tiga jam.

“Ini bukan menjadi satu kemestian kepada setiap sidang dewan, tetapi untuk sidang dewan kali ini sahaja,” jelasnya.

Mohammad Zahir juga turut membenarkan Ahli-Ahli Dewan Negeri memakai batik pada hari Khamis namun hanya batik Malaysia sahaja dibenarkan bukan dari Indonesia, Vietnam, Kemboja danA Afrika. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Menteri Besar, Saarani Mohamad Bentang Belanjawan Perak 2024

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI