Sidang DUN Perak: Tiada perubahan tempat duduk ADUN

IPOH – Tiada perubahan susun atur tempat duduk berlaku pada Mesyuarat Pertama, Tahun Keempat, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang akan bersidang selama enam hari bermula 14 hingga 21 April ini.

Speaker DUN Perak, Datuk Seri Mohammad Zahir Abdul Khalid berkata, setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) berhubung perkara tersebut.

Menurutnya, susunan tempat duduk ADUN akan kekal seperti sebelum ini melainkan terdapat permohonan untuk menukar tempat duduk kepada Pejabat Speaker.

“Setakat ini tiada permohonan hendak minta perubahan tempat duduk dan saya pun tiada permohonan itu, saya biar macam biasa saja.

“Kalau ada permohonan sidang ini, saya pertimbangkan, tengok macam mana. Setakat ini tiada apa lagi. Notis pun kena bagi, kecuali kalau pagi-pagi itu ada notis tempoh 24 jam atau pagi satu jam (sebelum sidang bermula) dia boleh bagi notis satu jam sebelum itu.

“Kalau last minute (saat-saat akhir) ini susah juga hendak ubah. Mungkin kita tangguh ke  persidangan akan datang,“ katanya pada sidang media yang diadakan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada Selasa.

Hadir sama, Setiausaha DUN Perak, Mohd Ikram Ahmad dan Timbalan Speaker DUN Perak yang juga ADUN Canning, Jenny Choy Tsi Jen.

Terdahulu, media melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin antara 17 pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak yang dipecat Lembaga Disiplin parti itu kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu pada Februari lalu.

Antara wakil rakyat dari Perak yang turut dipecat ialah Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob dan Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hasan.

Sebelum ini, Perikatan Nasional (PN) Perak telah menghantar surat yang ditandatangani oleh Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu kepada Mohammad Zahir pada 16 April tahun lalu ketika Persidangan DUN Perak berlangsung. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pertimbang semula pemecatan Zainol Fadzi -Bersatu Pasir Salak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI