Sijil UPKK 2024 dalam proses penyerahan berperingkat – JAKIM

KUALA LUMPUR – Sijil Ujian Penilaian Kelas al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) Tahun 2024 kini dalam proses penghantaran yang akan dilaksanakan secara berperingkat, kata Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

Jelasnya, penyerahan akan dibuat kepada semua Agensi Pelaksana Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) negeri-negeri bagi tujuan edaran kepada sekolah-sekolah berkaitan.

Walaubagaimanapun, beliau berkata, sijil bagi dua buah negeri iaitu Wilayah Persekutuan dan Selangor masih berada dalam proses cetakan dan akan disiapkan dalam tempoh terdekat.

“Semua calon UPKK Tahun 2024 boleh mendapatkan Sijil UPKK masing-masing melalui sekolah tempat mereka menduduki peperiksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, slip keputusan fizikal UPKK Tahun 2024 yang telah diperoleh sebelum ini di sekolah masing-masing adalah sah dan boleh digunakan sebagai dokumen sokongan bagi permohonan kemasukan ke sekolah-sekolah khusus di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Terdahulu, menurut Sirajuddin JAKIM telah menerima pertanyaan daripada ibu bapa berhubung Sijil UPKK Tahun 2024.

Ia susulan daripada pengumuman keputusan peperiksaan yang telah dibuat pada 20 Mac 2025.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI