Simulasi bantu kesiapsagaan hadapi bencana industri

LUMUT – Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Manjung telah mengadakan Simulasi Latih Amal Bencana Industri diadakan bagi meningkatkan kesiapsiagaan agensi penyelamat dan pelbagai agensi lain dalam mengawal situasi kebocoran gas ammonia.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Manjung, Shamsul Ridzuan Idris berkata, simulasi tersebut diadakan di Loji Janakuasa Lumut, baru-baru ini.

Menurutnya, tujuan simulasi itu diadakan adalah bagi mempersiap siagakan setiap agensi dan anggota penyelamat dalam mengetahui fungsi dan tugas masing-masing sebagai persediaan menghadapi sebarang kejadian.

“Simulasi ini adalah contoh gambaran situasi sebenar, tanpa diberikan persediaan awal kepada anggota penyelamat yang terlibat.

“Antaranya, masa perjalanan yang diperlukan oleh anggota penyelamat untuk sampai ke tempat kejadian serta masa perjalanan yang diperuntukkan untuk mangsa dihantar ke hospital.

“Melalui simulasi ini, semua pihak terlibat dapat mengenalpasti perkara-perkara yang perlu dilakukan penambahbaikan bagi memastikan keberkesanan peranan Pejabat Penerangan Daerah Manjung dalam membantu menangani bencana,” katanya.

Antara yang terlibat dalam latihan itu adalah Malakoff Berhad, Pejabat Daerah dan Tanah Manjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung, Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Pejabat Kesihatan Daerah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, RELA, Pejabat Penerangan Daerah, Majlis Perbandaran Manjung, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan. – MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI