Simulasi bencana perkemas operasi SAR bagi menghadapi MTL

IPOH – Operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) banjir akibat limpahan air dari Empangan Sultan Azlan Shah di Hulu Kinta sehingga menyebabkan tiga kampung terjejas antara simulasi yang diadakan bagi menghadapi bencana Monsun Timur Laut (MTL).

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, seramai 214 terdiri daripada pasukan penyelamat dan agensi kerajaan terbabit dalam Latihan Amal Bencana Kecemasan Luar Bandar (Rural Emergency Disaster Exercise – REDEX) Kinta Utara 2024.

Menurutnya, selain JBPM, turut bersama-sama dalam latihan amal ini adalah, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Malaysia (APM), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kesihatan Negeri serta agensi kerajaan yang lain.

Simulasi bencana perkemas operasi SAR bagi menghadapi MTL
Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Ahmad Izram Osman bersama Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon memantau anggota bomba ketika Latihan Amal Rural Emergency Disaster Exercise (REDEX) Kinta Tahun 2024 di Taman Rekreasi Kolam Sungai Pinji, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 OKTOBER 2024.

“Pada latihan amali itu turut diadakan simulasi operasi SAR pendaki di Gunung Korbu dan operasi menyelamat 10 mangsa yang terhidu klorin di Loji Rawatan Air Sungai Kinta.

“Senario itu dijalankan secara serentak bagi menguji kecekapan dan membentuk persefahaman yang lebih berkesan dalam kalangan pasukan penyelamat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada REDEX Kinta Utara 2024 di Taman Rekreasi Kolam Sungai Pinji di Tanjung Rambutan, pada Rabu.

Simulasi bencana perkemas operasi SAR bagi menghadapi MTL
Pasukan Khas Unit Udara Bomba (PASKUB) menyelamatkan penduduk perkampungan berhampiran Tanjung Rambutan yang terperangkap dalam kejadian banjir ketika Latihan Amal Rural Emergency Disaster Exercise (REDEX) Kinta Tahun 2024 di Taman Rekreasi Kolam Sungai Pinji, Tanjung Rambutan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 OKTOBER 2024.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JBPM, Datuk Ahmad Izram Osman; Pengarah Bahagian Udara JBPM, Datuk Norazam Khamis dan Pegawai Daerah Kinta, Zulhisham Ahmad Shukori.

Dalam perkembangan berkaitan, Sayani berkata, simulasi berskala besar yang pertama kali dilaksanakan sekali gus melihat keupayaan aset-aset JBPM dan agensi keselamatan lain sama ada dapat berfungsi dengan baik menerusi jalan darat, air dan udara.

“Operasi yang berlangsung selama dua hari mulai semalam itu mengguna pakai arahan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) No 1 yang menjadi panduan utama dalam pengurusan bencana,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Bomba bantu keluarkan mayat lelaki warga emas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI