Sinar Syawal: Teruja pilih baju raya sendiri, tidak sabar sambut Aidilfitri

IPOH – Jelas terpancar keceriaan pada wajah para penghuni dari Asrama Budi Mulia Nurul Huda, Chemor di sini, selepas menerima sumbangan kelengkapan pakaian bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Mereka dalam kalangan anak-anak yatim serta keluarga kurang berkemampuan itu diraikan menerusi Program Sinar Syawal 2026 anjuran Yayasan Perak dan dirasmikan Isteri kepada Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin di Gedung Tekstil Jakel Ipoh, pada Khamis.

anak yatim pilih baju raya Jakel Ipoh Program Sinar Syawal Yayasan Perak, sumbangan baju raya anak yatim Perak, anak yatim Chemor sambut Aidilfitri, Jakel Ipoh sumbangan Aidilfitri, Asrama Budi Mulia Nurul Huda Chemor
Isteri kepada Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin ketika sesi bergambar bersama penghuni Asrama Budi Mulia Nurul Huda, Chemor anjuran Yayasan Perak pada Program Sinar Syawal di Gedung Tekstil Jakel, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 MAC 2026.

Salah seorang penghuni, Haris Firdaus Abdul Haqq, 15, berkata, peluang memilih sendiri pakaian hari raya memberi keterujaan tersendiri buatnya kerana dapat memilih warna yang benar-benar diminati.

“Saya rasa sangat gembira sebab ini kali kedua dapat datang ke sini (menyertai program ini).

“Mula-mula masuk (di kedai) tadi saya terfikir hendak ambil baju Melayu warna hijau gelap. Tetapi apabila tengok ada warna merah jambu yang lembut, saya terus tertarik dan pilih warna itu,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

anak yatim pilih baju raya Jakel Ipoh Program Sinar Syawal Yayasan Perak, sumbangan baju raya anak yatim Perak, anak yatim Chemor sambut Aidilfitri, Jakel Ipoh sumbangan Aidilfitri, Asrama Budi Mulia Nurul Huda Chemor
Penghuni Asrama Budi Mulia Nurul Huda, Haris Firdaus Abdul Haqq, 15, menjawab pertanyaan media pada Program Sinar Syawal di Gedung Tekstil Jakel, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 MAC 2026.

Anak sulung daripada dua beradik itu berkata, Aidilfitri menjadi antara detik paling dinanti kerana dapat berkumpul bersama saudara-mara selepas menjalani kehidupan di asrama sejak dua tahun lalu.

“Setiap tahun saya akan dibawa meraikan hari raya ke rumah nenek di Sungai Buloh, Selangor, dan sambutan sangat meriah. Itu yang membuatkan saya sangat ternanti-nanti setiap kali bulan Syawal tiba,” ujarnya

Menurut Haris Firdaus, setiap sumbangan termasuk duit raya yang diterima akan disimpan dalam tabung bagi dijadikan simpangan masa hadapan terutama untuk merealisasikan hasrat menyambung pengajian ke Kolej Vokasional dalam bidang kulinari.

Penghuni Asrama Budi Mulia Nurul Huda, Chemor memilih pakaian raya masing-masing pada Program Sinar Syawal di Gedung Tekstil Jakel, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 MAC 2026.

“Pada kebiasaan saya akan simpan duit raya dalam tabung, dan pada tahun lepas lebih kurang RM300 lebih juga terkumpul.

“Saya hendak kumpul untuk sambung belajar kerana saya bercita-cia untuk menjadi usahawan dengan membuka sebuah kafe sendiri pada suatu hari nanti,” katanya lagi.

anak yatim pilih baju raya Jakel Ipoh Program Sinar Syawal Yayasan Perak, sumbangan baju raya anak yatim Perak, anak yatim Chemor sambut Aidilfitri, Jakel Ipoh sumbangan Aidilfitri, Asrama Budi Mulia Nurul Huda Chemor
Penghuni Asrama Budi Mulia Nurul Huda, Chemor memilih pakaian raya masing-masing pada Program Sinar Syawal di Gedung Tekstil Jakel, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 MAC 2026.

Seorang lagi penghuni, Nurhawa Natasha Zainal Abidin, 15, turut berkongsi kegembiraan kerana sekali lagi diberi peluang memilih sendiri pakaian raya yang menjadi pilihan hatinya.

“Saya rasa gembira sangat sebab dapat pergi ke Jakel kali kedua. Dan baju yang saya pilih tadi adalah berwarna ‘peach’ dan coklat.

“Sebelum ini kami juga ada menerima sumbangan kelengkapan hari raya daripada individu perseorangan, dan saya telah memilih baju kurung bertemakan warna ‘strawberry matcha’,” katanya.

anak yatim pilih baju raya Jakel Ipoh Program Sinar Syawal Yayasan Perak, sumbangan baju raya anak yatim Perak, anak yatim Chemor sambut Aidilfitri, Jakel Ipoh sumbangan Aidilfitri, Asrama Budi Mulia Nurul Huda Chemor
Penghuni Asrama Budi Mulia Nurul Huda, Nurhawa Natasha Zainal Abidin, 15 (kanan) menjawab pertanyaan media pada Program Sinar Syawal di Gedung Tekstil Jakel, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 MAC 2026.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Haji Mohamad Taib itu, dia sudah menetap di asrama berkenaan sejak berusia tujuh tahun.

Jelas Nurhawa Natasha, sepanjang menetap di Asrama Budi Mulia Nurul Huda, menjelang penghujung Ramadan antara hari yang paling dinantikan apabila sering menerima sumbangan untuk persiapan Aidilfitri.

“Dengan adanya baju kurung baharu ini saya lebih teruja untuk pulang meraikan Hari Raya Aidilfitri bersama ibu dan adik saya di Taiping,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Konvoi lebih 100 km bawa anak yatim beli baju raya

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI