Sindiket ah long samun, serang peminjam ditahan

IPOH – Polis berjaya mematahkan sindiket memberi pinjaman wang tanpa lesen atau ah long yang terbabit dalam kejadian samun selepas menahan tiga individu termasuk seorang wanita dalam dua tangkapan berasingan pada 9 dan 11 Ogos lalu dekat Ayer Tawar, Manjung, di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kesemua suspek terbabit ditahan berikutan laporan polis yang dibuat  mangsa, lelaki berusia 20 tahun, pada 8 Ogos lalu.

Menurutnya, dalam kejadian sekitar jam 12.30 tengah malam itu, semasa mangsa bersama keluarga serta dua rakan sedang makan di rumah telah dengar ketukan pintu belakang rumah.

“Mangsa bertindak membuka pintu tersebut dan mendapati empat lelaki berpakaian hitam, berhelmet serta memakai pelitup muka masuk membawa kayu terus memukul mangsa di bahagian belakang badan.

“Salah seorang suspek telah mengambil sebilah pisau di atas meja makan terus menoreh di belakang badan mangsa. Pada masa sama, turut berlaku pergelutan antara suspek dan keluarga mangsa semasa mereka hendak menyelamatkan diri masuk ke dalam bilik.

“Kesemua suspek telah melarikan diri menaiki dua kenderaan iaitu sebuah kereta Toyota Alphard dan Perodua Myvi selepas ibu mangsa menjerit meminta tolong.

Sindiket ah long samun, serang peminjam ditahan
Antara barang rampasan berkenaan kejayaan tangkapan peminjam wang tidak berlesen (Ah Long) yang terlibat dalam kes samun di Ayer Tawar, Perak, pada 8 Ogos lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 OGOS 2024.

“Mangsa, kakak dan ibu serta dua rakannya masing-masing mengalami kecederaan di bahagian belakang badan, tangan kiri dan kanan serta kaki

“Kejadian samun itu melibatkan jumlah kerugian sebanyak RM5,000 wang tunai serta tiga telefon bimbit jenis Huawei, Vivo dan Oppo telah dipecahkan oleh suspek,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Perak di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, pada Selasa.

Katanya, ketiga-tiga suspek berusia antara 20 hingga 33 tahun direman selama enam hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Sindiket ah long samun, serang peminjam ditahan
Antara barang rampasan berkenaan kejayaan tangkapan peminjam wang tidak berlesen (Ah Long) yang terlibat dalam kes samun di Ayer Tawar, Perak, pada 8 Ogos lalu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 13 OGOS 2024.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki bekerja dengan syarikat pinjaman wang tanpa lesen manakala dua suspek lelaki yang ditahan mengaku bekerja sebagai pemungut hutang.

“Bagaimanapun, mereka enggan memberi kerjasama untuk memaklumkan suspek yang masih bebas dalam kejadian itu,” jelasnya.

Ujar beliau, sindiket ini dipercayai bergiat aktif sejak tahun 2021 dan menyasarkan warga tua dan pengusaha niaga kecil-kecilan di kawasan luar bandar di beberapa negeri seperti Perak, Pahang, Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ah long ugut warga emas, rumah disimbah cat merah

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI