Sindiket dadah antarabangsa jadikan jeti Bagan Datuk transit tumpas

IPOH – Polis berjaya menumpaskan sindiket pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa dengan menjadikan kawasan jeti nelayan di Sungai Tiang, Rungkup, Bagan Datuk, sebagai transit, pada Isnin.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, kejayaan itu hasil risikan dan tangkapan dua lelaki warga Indonesia oleh Unit Risik Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang yang dilakukan sekitar jam 10 malam.

Katanya, dua lelaki berusia masing-masing 42 dan 46 tahun itu ditahan ketika sebaik sahaja tiba di jeti berkenaan dengan menaiki sebuah bot.

Polis tumpaskan sindiket edar dadah antarabangsa jeti Bagan Datuk jadi transit Polis Perak Indonesia bot pengedaran penyeludupan dadah Azizi
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris ketika di sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh.

“Hasil pemeriksaan di dalam sebuah bot fiber telah menjumpai 10 paket plastik lutsinar berisi bahan disyaki dadah jenis Methamphetamine dengan anggaran berat 10.610 kilogram (kg) dan dianggarkan bernilai RM 340,000.

“Ujian saringan awal air kencing telah dijalankan dan mendapati salah seorang suspek positif dadah jenis Methamphetamine.

“Di samping itu, hasil semakan juga mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan lampau,” katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, dekat sini, pada Khamis.

Menurut Azizi, mereka dipercayai telah memasuki negara ini secara sah namun bergiat aktif dalam aktiviti pengedaran dan penyeludupan dadah antarabangsa terancang itu sejak seminggu.

Ujar beliau, modus operandi sindiket pengedaran dadah yang menjadikan laut sebagai laluan utama itu dipercayai telah aktif sejak tujuh bulan lalu.

Malah tambah beliau, jumlah dadah yang dirampas disyaki boleh digunakan untuk 106,100 orang penagih.

Polis tumpaskan sindiket edar dadah antarabangsa jeti Bagan Datuk jadi transit Polis Perak Indonesia bot pengedaran penyeludupan dadah Azizi
Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris menunjukkan dadah yang dirampas dalam serbuan yang dilakukan Unit Risik Pasukan Polis Marin Wilayah Satu Pulau Pinang di kawasan jeti nelayan di Sungai Tiang, Rungkup, Bagan Datuk.

“Kita tahu bahawa keadaan geografi negara kita ini antara yang berada dalam kawasan Segi Tiga Emas, dan oleh itu kita percaya sumber dadah yang diperoleh adalah daripada negara di wilayah utara tanah air.

“Bagaimanapun kita masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenalpasti sama daripada mana dan ke mana dadah itu diperoleh serta dibawa,” katanya.

Jelas Azizi, kedua-dua suspek direman selama tujuh hari bemula 16 Julai dan kes disiasat di bawah 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 bagi membantu siasatan.

Dalam pada itu, beliau berkata, sehingga 17 Julai, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Perak telah melakukan tangkapan terhadap 11,562 orang bagi pelbagai kesalahan berkaitan dadah.

Menurut beliau, ia juga melibatkan rampasan dadah jenis syabu seberat 67.49 kg, ketamin (1.57 kg), pil ecstasy (594 gram (g)), pil yaba (599 g), pil erimin 5 (1.38 kg), kafein (19.38 liter), ganja (5.07 g) serta heroin (62.40 kg).

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas adalah RM5.22 juta dengan sitaan harta berjumlah RM5.77 juta, dalam tempoh sama. Selain itu, seramai 384 individu telah dituduh di bawah Seksyen 39 C Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

PATI disyaki pengedar dadah dicekup bersama 9 kg heroin

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI