Sindiket edar dadah: Polis tahan tiga lelaki termasuk dalang

IPOH – Polis menahan tiga lelaki termasuk dalang sindiket pengedaran dadah yang aktif sejak Ogos lalu di sebuah rumah di Jalan St. John, dekat sini, pada Khamis minggu lalu.

Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat berkata, tangkapan itu susulan serbuan di rumah berkenaan oleh sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Polis Perak dengan dipandu arah oleh suspek pertama berusia 41 tahun, pada jam 6 petang.

“Hasil pemeriksaan di rumah tersebut menemukan dadah disyaki heroin pada 42 paket plastik lutsinar dengan anggaran berat 18.99 kilogram (kg) serta dua ketulan mampat daun kering disyaki ganja 961 gram.

“Nilai keseluruhan dadah yang dirampas dianggarkan berjumlah RM200,400,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, dekat sini, pada Isnin.

Sindiket pengedaran dadah polis lelaki Zulkafli suspek lelaki dalang
Rampasan dadah disyaki heroin pada 42 paket plastik lutsinar dengan anggaran berat 18.99 kilogram (kg) serta dua ketulan mampat daun kering disyaki ganja 961 gram pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 NOVEMBER 2024.

Ujar beliau, hasil ujian saringan air kencing ke atas suspek mendapati positif dadah jenis Methamphetamine di samping lelaki itu mempunyai lima kesalahan lampau berkaitan dadah.

Tambah Zulkafli, penahan itu membawa kepada dua lelaki masing-masing berusia 33 dan 45 tahun di dua lokasi berbeza pada Jumaat minggu lalu.

Kata beliau, suspek pertama ditahan di tepi jalan Panglima Bukit Gantang Wahab pada jam 1.30 tengah hari sementara suspek kedua ditahan di sebuah rumah di Taman Mas pada jam 2 petang.

Jelas beliau lagi, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-dua mereka negatif dadah, namun semakan mendapati salah seorang mereka mempunyai rekod kesalahan lampau.

“Ekoran polis itu menyita dua kereta, sebuah motosikal, seutas gelang tangan berwarna kekuningan, dua utas rantai leher dan loket berwarna kekuningan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

“Anggaran jumlah keseluruhan nilai harta yang disita berjumlah RM105,680. Anggaran nilai keseluruhan bersama dadah yang dirampas adalah RM306,080,” katanya.

Sindiket pengedaran dadah polis lelaki Zulkafli suspek lelaki dalang
Pemangku Ketua Polis Perak, Deputi Komisioner Zulkafli Sariaat menunjukkan sebahagian rampasan dadah disyaki heroin pada 42 paket plastik lutsinar dengan anggaran berat 18.99 kilogram (kg) pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 11 NOVEMBER 2024.

Tambah beliau, dadah yang dirampas disyaki untuk edaran tempatan dan mampu digunakan kepada 26,221 orang penagih.

Jelas Zulkafli lagi, hasil siasatan awal mendapati ketiga-tiga mereka yang menjadikan rumah di Jalan St. John itu sebagai tempat pengumpulan dan pembungkusan dadah sebelum diedarkan telah dibayar untuk melakukan aktiviti itu.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti sama ada aktiviti ini terlibat dengan sindiket lain, atau ada lagi individu lain yang terbabit sama. Justeru kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Suspek pertama direman selama 12 hari sehingga 11 November, manakala suspek kedua dan ketiga direman lima hari sehingga 13 November untuk membantu siasatan,” tambah beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis serbu rumah sewa, tumpas aktiviti edar dadah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI