Sindiket guna akaun Facebook palsu, menyamar sebagai NSRC

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan kewujudan akaun media sosial palsu yang menyamar sebagai National Scam Response Center (NSRC) bagi memperdaya orang ramai.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata sindiket dipercayai menggunakan nama dan imej NSRC untuk tampil seolah-olah sebagai pihak berkuasa, sebelum memperdaya mangsa bagi mendapatkan maklumat peribadi dan wang secara tidak sah.

“NSRC beroperasi secara komunikasi sehala, iaitu hanya menerima panggilan daripada orang awam. Pusat ini tidak akan menghubungi individu melalui telefon atau menggunakan aplikasi pesanan seperti WhatsApp,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, NSRC tidak pernah menghubungi individu melalui telefon, aplikasi WhatsApp mahupun mesej lain.

Oleh itu, sebarang panggilan atau mesej yang mengaku mewakili NSRC adalah cubaan penipuan.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang ramai yang menjadi mangsa penipuan agar segera menghubungi talian 997 dalam tempoh kurang 24 jam bagi meningkatkan peluang sekatan terhadap wang yang telah dipindahkan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI