PUTRAJAYA – Satu sindiket etnik Rohingya yang disyakı terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia menggunakan kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagı Pelarian (UNHCR) palsu yang beroperasi selama setahun akhirnya tumpas.
Enam suspek terdiri termasuk transporter terdiri daripada etnik Rohingya diberkas Jabatan Imigresen Malaysia pada Sabtu lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, keenam-enam suspek ditahan dalam satu operasi khas pihaknya sekitar Kota Bharu, Kelantan.
Operasi itu dijalankan bermula 7.57 pagi melibatkan sepasukan pegawai pelbagai pangkat dari Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen, Putrajaya dengan kerjasama Jabatan Imigresen Negeri Kelantan.
“Berdasarkan aduan awam dan hasil risikan yang dijalankan selama tiga minggu, pasukan telah diatur gerak dan bertembung dengan sebuah kenderaan Proton Wira yang dipandu oleh suspek secara mencurigakan.
“Suspek kemudiannya memecut kenderaan setelah menyedari kehadiran pasukan operası tetapi berjaya dipintas dan ditahan di Terminal Bas Ekspres Kota Bharu.
“Hasil pemeriksaan, pasukan operasi telah menahan dua orang lelaki etnik Rohingya yang disyaki sebagai transporter dan ‘pembantu’ bersama dua orang lelaki etnik Rohingya yang disyakı akan dibawa ke Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.
Tambah Ruslin, hasil siasatan awal pasukan operasi telah memeriksa premis kediaman di sekitar Kota Bharu sebelum membawa kepada penahanan dua orang lelaki etnik Rohingya yang juga disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur
Ia sekaligus jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai enam orang etnik Rohingya.
Kesemua enam suspek Rohingya yang ditahan itu adalah berusia lingkungan 24 hingga 35 tahun.
Hasil semakan awal mendapati, empat orang lelaki etnik Rohingya memiliki kad United Nations High Commissioner for Refugees (UNHCR) manakala dua lagi lelaki etnik Rohingya tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau pas yang sah untuk berada di negara ini.
“Pasukan operasi telah merampas dua keping dokumen UNHCR yang disyaki paisu, wang tunai sebanyak RM2,000 dan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang dipercayal digunakan sindiket untuk mengangkut PATI
“Siasatan lanjut kami mendedahkan modus operandi yang digunakan sindiket adalah dengan menyeludup masuk PATI etnik Rohingya ke negara ini melalui laluan haram di sempadan dan ditempatkan di rumah transit sebelum dibawa ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres dengan düringi oleh seorang lelaki etnik Rohingya yang datang dari ibu kota
“PATI etnik Rohingya yang baru masuk akan diberikan dokumen UNHCR yang disyaki palsu bagi mengaburi pihak berkuasa dan sindiket itu mengenakan caj RM500 setiap orang untuk penghantaran ke Kuala Lumpur dan RM100 dikenakan untuk penghantaran di sekitar Kota Bharu,” ujarnya.
Tegasnya lagi, seramai tiga orang lelaki etnik Rohingya ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 26A, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007
Manakala tiga orang lelaki etnik Rohingya ditahan kerana disyakı telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 dan ditahan di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, Kelantan.
“Jabatan ini akan terus komited membanteras sindiket penyeludupan manusia dalam menguatkuasakan undang-undang demi menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
“Kami tidak akan teragak-agak agak untuk mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapatı melakukan kesalahan Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturanperaturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007,” katanya.- MalaysiaGazette