Siti Kasim kecam penguat kuasa DBKL kasari penjual belon

KUALA LUMPUR – Peguam dan aktivis, Siti Zabedah Kasim mengecam tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa mengasari seorang penjual belon di Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) malam tadi.

Menurut Siti Kasim, tindakan itu bukan sahaja tidak berperikemanusiaan tetapi juga mencerminkan sikap tidak sensitif pihak berkuasa terhadap rakyat yang berusaha mencari rezeki, terutamanya menjelang sambutan Hari Raya.

“Saya benar-benar membenci tindakan seperti ini oleh pihak berkuasa. Melampau sangat. Dia tidak mengganggu sesiapa pun. Apa salahnya dia mencari sedikit rezeki sebelum Hari Raya.

“Biarkan empati membimbing kita dalam melaksanakan tugas. Undang-undang bukan semata-mata transaksi, tetapi perlu ada hubungan yang bermakna. Kita mampu mewujudkan sistem yang memahami perasaan manusia di sebaliknya,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Beliau turut menyeru pihak berkuasa agar lebih berperikemanusiaan dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang dan tidak bertindak kasar terhadap golongan yang mencari rezeki secara kecil-kecilan.

Kejadian itu mengundang kecaman orang ramai yang turut menyatakan rasa tidak puas hati terhadap cara pihak DBKL mengendalikan situasi berkenaan, rata-rata berpendapat penjaja kecil seharusnya diberikan ruang untuk berniaga, terutamanya ketika musim perayaan.

Setakat ini, DBKL masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden berkenaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI