SPM 2025: JPN Perak perhalusi, perkemas SOP sekiranya banjir – Exco

PARIT – Kerajaan Perak melalui Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah memperhalusi serta memperkemas prosedur operasi standard (SOP) peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 bermula 3 November ini sekiranya berlaku bencana banjir.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, perkara berkenaan dilaksanakan semasa taklimat peperiksaan awal Oktober lalu.

Menurut beliau, ia sebagai langkah memastikan lebih 29,000 calon SPM di Perak dapat mengikuti peperiksaan tanpa sebarang halangan termasuklah sekiranya berlaku bencana banjir.

“Saya telah diberikan taklimat oleh pihak JPN Perak tentang SOP berkaitan pengurusan calon SPM ketika berlakunya bencana termasuklah banjir memandangkan SOP ini telah disediakan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

“Insya-Allah saya cukup yakin dengan JPN Perak yang telah bersedia menghadapi sebarang masalah kerana SOP sedia ada telah kita perhalusi dan perkemas.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah pada sidang media majlis Youth Smart Money Fest 2025 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 OKTOBER 2025.

“Isu-isu berbangkit tahun lepas juta kita telah perbaiki dalam memastikan semua calon SPM di Perak dapat menduduki peperiksaan mereka dengan jaya nanti. Insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Program Youth Smart Money Fest 2025 di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, di sini, pada Jumaat.

Mengulas lanjut Khairudin berkata, pihak pengurusan sekolah-sekolah yang berisiko banjir telah mempunyai perancangan teliti sekiranya berlaku bencana berkenaan semasa tempoh peperiksaan.

Jelas beliau, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) juga akan turut membantu pihak sekolah selain meminta kerjasama agensi dan jabatan penyelamat yang lain.

“JPN yang diberi amanah dan tanggungjawab oleh KPM akan membantu mempermudahkan urusan calon-calon SPM dan jika perlu kerjasama dengan agensi dan jabatan lain kita akan laksanakan.

“Semua ini bagi memastikan calon-calon SPM 2025 di Perak dapat menduduki peperiksaan,” katanya.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI