SPRM beri tumpuan buru ejen, pelobi selain penguat kuasa korup

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menegaskan tahun ini siasatan akan lebih memberi tumpuan kepada ejen berbanding memburu penguat kuasa yang korup.

Ia termasuklah orang tengah dan juga pelobi-pelobi yang dikenal pasti memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa.

Golongan berkenaan akan ditahan dan pastinya tindakan tegas akan dikenakan kepada mereka.

“Ejen yang bertindak sebagai perantara bagi mengatur atau menyamarkan transaksi menggunakan akaun keldai iaitu akaun bank milik individu lain yang dipinjam atau dijual bagi tujuan memindahkan wang suapan sering kali menggunakan modus operandi ini bagi mengaburi pihak berkuasa,” kata SPRM dalam kenyataan.

Begitupun penglibatan individu sebagai perantara atau pemilik akaun yang membenarkan akaunnya digunakan bagi tujuan rasuah juga merupakan satu kesalahan serius di sisi undang-undang.

Baru-baru ini, Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim turut menzahirkan amaran tegas lebih ramai individu berada dalam ‘radar’ baginda dalam misi memerangi rasuah tanpa kompromi di semua jabatan dan agensi kerajaan.

Tambah baginda, memerangi rasuah tidak hanya bertumpu pada segelintir jabatan atau mereka yang memberi dan menerima, malah turut meliputi Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pelbagai lagi.

Sultan Ibrahim bertitah, usaha membanteras rasuah tidak boleh bersifat kosmetik atau sekadar retorik kerana tiada sesiapa yang boleh terlepas daripada undang-undang.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, SPRM komited untuk terus mempergiatkan usaha penguatkuasaan dan pencegahan secara bersepadu bagi memastikan budaya integriti terus diperkukuh serta mesej jelas disampaikan rasuah dalam apa jua bentuk termasuk melalui orang tengah tidak akan sesekali ditoleransi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI