SPRM siasat aset Tun Mahathir di Switzerland, UK

CYBERJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyisat aset-aset yang disyaki dimiliki bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di United Kingdom (UK) dan Switzerland.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya tidak menumpukan siasatan kepada satu negara sahaja, sebaliknya turut meneliti maklumat daripada negara lain yang relevan.

“Ada (negara lain yang disiasat). Betul kita juga melihat pada negara-negara lain seperti Switzerland,” katanya ketika ditanya mengenai siasatan aset Tun Mahathir di luar negara selain daripada UK

Bagaimanapun, Azam tidak mengulas lanjut mengenai butiran siasatan berkenaan, sama ada ia melibatkan kerjasama langsung dengan pihak berkuasa di Switzerland.

“Kami masih lagi berkolaborasi dengan pihak UK antaranya yang dinamakan IACCC (International Anti-Corruption Coordination Centre – Pusat penyelarasan anti-Rasuah Antarabangsa) daripada UK, salah satu pihak berkuasa di UK yang sedang membantu kami sekiranya ada apa-apa aset yang melibatkan Dr. Mahathir dan masih belum ada perkembangan,” ujarnya.

Sebelum ini, Mahathir menyindir kenyataan Azam berhubung dakwaan bahawa beliau memiliki harta di UK dengan berkata: “Rupa-rupanya saya ada harta di UK. Saya tak tahu. Tolong beri tahu kepada saya supaya saya dapat claim (tuntut) harta ini.”

Sindiran itu muncul selepas Azam menyatakan bahawa SPRM sedang mendapatkan maklumat terperinci daripada pihak berkuasa UK mengenai aset yang didakwa milik Mahathir. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI