SPRWTS dipecepatkan demi rakyat Pulau Pinang dan Perak

BUKIT TENGAH – Pelaksanaan Projek Skim Pemindahan Air dari Sungai Perak (SPRWTS) dijangka memenuhi sektor domestik dan komersial air Pulau Pinang sehingga tahun 2050.

Ketua Menteri, Chow Kon Yeow berkata, pihaknya menghargai peranan dan usaha yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempercepatkan SPRWTS ke negeri ini.

Jelas beliau, usaha itu membuktikan kerajaan di bawah pimpinan Anwar mementingkan kepentingan rakyat di kedua-dua negeri terbabit.

“Semalam dalam lawatan Perdana Menteri ke Pulau Pinang beliau membawa berita baik kepada kita (Pulau Pinang) iaitu telah melakukan perbincangan pelbagai pihak berhubung projek SPRWTS dan ia akan dilaksanakan dengan segera.

“Beliau (Anwar) sendiri berbincang dengan pemegang taruh kementerian berkaitan, kedua-dua kerajaan negeri dan juga pihak konsultan serta swasta yang akan terlibat dalam perlaksanaan projek ini.

Artikel Berkaitan:

Perak setuju jual air terawat ke Pulau Pinang – Saarani

Perjanjian bekal air Sungai Perak ke Pulau Pinang tidak dapat dimuktamadkan lagi

“Perdana Menteri menyatakan persetujuan dapat dicapai kerana beliau mahu melihat kepentingan negara melepasi kepentingan negeri-negeri.

“Tambahan pula kerajaan Persekutuan telah umumkan untuk membangunkan utara Perak menjadi kawasan perindustrian bagi negeri tersebut selain menjadi sebahagian daripada pembangunan ekonomi wilayah utara semenanjung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Parlimen Batu Kawan di sini, hari ini.

Hadir sama Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Utara, Nurul Izzah Anwar; Exco Perumahan dan Alam Sekitar, Datuk Seri S. Sundarajoo dan ADUN Bukit Tengah, Gooi Hsiao-Leung. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI