SSI bantu perkukuh kedudukan kewangan, sosial kerajaan Perak

IPOH – Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI) merupakan antara agensi penyumbang hasil kepada kerajaan negeri menerusi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan, sekali gus membantu memperkukuh kedudukan kewangan dan sosial negeri.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berkata, sebahagian pendapatan diperoleh menerusi pelaksanaan projek-projek pembangunan hartanah akan dikembalikan kepada negeri dalam bentuk dividen, sumbangan tunai dan program tanggungjawab sosial korporat (CSR).

SSI Perak pembangunan negeri Ahmad Suaidi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, SSI bantu ekonomi Perak, projek pembangunan SSI, dividen SSI kepada kerajaan, pembangunan hartanah Perak, CSR kerajaan negeri Perak, Pelan Perak Sejahtera 2030
Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim berucap pada Majlis Perasmian Dewan Cassia di Kompleks Menembak Darul Rizduan, Chepor, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 MEI 2025.

Beliau yang juga Pengerusi SSI berkata, sebagai agensi milik penuh kerajaan negeri, SSI bukan sahaja berperanan dalam agenda pembangunan fizikal dan ekonomi, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan sosial rakyat secara menyeluruh.

“SSI turut terlibat secara langsung dan memainkan peranan yang penting dalam melaksanakan projek-projek pembangunan infrastuktur dan kemudahan awam bagi pihak kerajaan negeri.

“Ia terutamanya yang melibatkan inisiatif berimpak tinggi dan memberi manfaat secara langsung kepada pembangunan serta pertumbuhan ekonomi negeri dan rakyat.

“Ini membuktikan komitmen kami bukan sahaja dalam pembangunan fizikal tetapi juga dalam menyokong kelestarian dan pertumbuhan ekonomi negeri selaras dengan Pelan Perak Sejahtera 2030,” katanya.

SSI Perak pembangunan negeri Ahmad Suaidi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, SSI bantu ekonomi Perak, projek pembangunan SSI, dividen SSI kepada kerajaan, pembangunan hartanah Perak, CSR kerajaan negeri Perak, Pelan Perak Sejahtera 2030
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sesi bergambar pada Majlis Perasmian Dewan Cassia di Kompleks Menembak Darul Rizduan, Chepor, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 MEI 2025.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Cassia di Kompleks Menembak Darul Ridzuan di Chemor, dekat sini, pada Khamis.

Majlis dirasmikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Tambah Ahmad Suaidi, antara projek diberi tumpuan termasuk pembinaan perumahan mampu milik, perumahan penjawat awam serta projek pembangunan bercampur dan komersial yang menyumbang kepada kemajuan bandar serta kawasan persekitaran.

Beliau turut menzahirkan harapan agar SSI terus diberi mandat lebih luas dalam membangunkan tanah-tanah milik kerajaan negeri memandangkan kepakaran dan fokus agensi itu dalam sektor hartanah.

“SSI tidak berhasrat untuk bersaing dengan mana-mana GLC yang sedia ada. Sebaliknya, kehadiran SSI bertujuan untuk mengisi ruang-ruang strategik dalam pembangunan negeri yang memerlukan sinergi dan penyelarasan bersama,” ujarnya.

SSI Perak pembangunan negeri Ahmad Suaidi Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, SSI bantu ekonomi Perak, projek pembangunan SSI, dividen SSI kepada kerajaan, pembangunan hartanah Perak, CSR kerajaan negeri Perak, Pelan Perak Sejahtera 2030
Suasana sekitar Majlis Perasmian Dewan Cassia di Kompleks Menembak Darul Rizduan, Chepor, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 MEI 2025.

Menyentuh tentang projek penaiktarafan Dewan Cassia, beliau berkata, usaha yang dijayakan anak syarikat SSI, Solatis Power Sdn. Bhd. (SPSB) adalah sebagai satu contoh inisiatif strategik yang melangkaui skop hartanah semata-mata.

Kata beliau, SPSB telah bekerjasama dengan rakan strategik ‘B&R Boutique Bridal’ bagi meningkatkan fungsi dan aksesibiliti dewan tersebut demi manfaat masyarakat setempat.

“Saya percaya, dengan sokongan semua pihak, Dewan Cassia akan terus menjadi nadi komuniti, medan interaksi sosial dan simbol perpaduan masyarakat kita.

“Semoga dewan ini sentiasa diimarahkan dengan pelbagai program yang bermanfaat dan seterusnya menjadi pemangkin kepada pembangunan masyarakat yang harmoni, aktif dan sejahtera,” jelasnya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak berkenan rasmi JPN Daerah Larut Matang dan Selama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI