SST: SPNB jamin tiada kenaikan harga Rumah Mesra Rakyat

BATU GAJAH – Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) memberi jaminan tiada sebarang kenaikan harga terhadap projek Rumah Mesra Rakyat (RMR) susulan peningkatan kadar Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bermula Jumaat.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif SPNB, Zahanuddin Kamarudin berkata, ini kerana pihaknya mempunyai kaedah dalam memastikan harga setiap rumah di bawah projek RMR tidak mengalami kenaikan.

Katanya, ia termasuk kaedah kerjasama SPNB dengan pihak kontraktor dalam soal kelangsungan projek serta tempoh masa siap yang pendek bagi setiap projek dijalankan.

SST SPNB harga Rumah Mesra Rakyat RMR cukai kadar SST
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Zahanuddin Kamarudin pada sidang media Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) CSR 2024 di Padang Awam Taman Metro Maya, Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 MAC 2024.

“Setakat ini kami melihat tiada sebarang kesan terhadap kesemua projek RMR di bawah SPNB susulan peningkatan SST yang baru bermula.

“Ini kerana, kesemua projek berkenaan tidak melibatkan kepada sektor konsultansi, sebaliknya ia hanya membabitkan sektor pembinaan.

“Bagi pihak pemaju lain, mereka mungkin mengalami peningkatan harga kerana perlu membayar kos perkhidmatan konsultansi, termasuk jurutera dan arkitek yang terlibat dalam kenaikan kadar SST baharu,” katanya.

SST SPNB harga Rumah Mesra Rakyat RMR cukai kadar SST
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Zahanuddin Kamarudin (kanan) menanam anak pokok mangga ketika Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) CSR 2024 di Padang Awam Taman Metro Maya, Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 MAC 2024.
SST SPNB harga Rumah Mesra Rakyat RMR cukai kadar SST Zahanuddin Kamarudin Zahanuddin Kamarudin
Perumahan Taman Metro Maya, Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 MAC 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) SPNB di Taman Metro Maya, Pusing dekat sini, pada Sabtu.

Program yang akan diperluaskan beberapa lokasi projek perumahan SPNB di seluruh negara itu diadakan bertujuan meningkatkan kesejahteraan sosial penduduk serta mengukuhkan hubungan antara masyarakat dan agensi kerajaan.

SST SPNB harga Rumah Mesra Rakyat RMR cukai kadar SST
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Zahanuddin Kamarudin (dua,kanan) melihat replika Rumah Mesra Rakyat (RMR) 2.0 pada Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) CSR 2024 di Padang Awam Taman Metro Maya, Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 MAC 2024.

Dalam pada itu, Zahanuddin memberitahu, setiap harga rumah RMR yang ditawarkan SPNB adalah pada harga RM75,000 dengan subsidi kerajaan bernilai RM20,000.

Menurut beliau, pembeli hanya perlu membayar RM55,000 melalui pinjaman tanpa faedah iaitu sebanyak RM300 sebulan dalam tempoh 16 tahun.

“Sebelum ini kerajaan menyasarkan SPNB untuk pembinaan RMR sebanyak 3,500 unit di seluruh negara.

“Namun baru-baru ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan untuk penambahan 3,100 unit rumah RMR lagi. Dan ini menjadikan keseluruhan 6,600 unit rumah RMR disasarkan dibina sehingga hujung tahun ini,” ujar beliau.

SST SPNB harga Rumah Mesra Rakyat RMR cukai kadar SST Zahanuddin Kamarudin
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), Zahanuddin Kamarudin pada sidang media Program Kemampanan Komuniti Bandar (PKKB) CSR 2024 di Padang Awam Taman Metro Maya, Batu Gajah. Foto ABDULLAH YUSOF, 02 MAC 2024.

Pada Pembentangan Belanjawan 2024 Oktober lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan lapan peratus kadar SST berkuat kuasa 1 Mac.

Bagaimanapun peningkatan itu tidak termasuk perkhidmatan seperti makanan dan minuman serta telekomunikasi.

Selain itu, kerajaan juga meluaskan skop perkhidmatan bercukai meliputi perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke.

Ia merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan daya tahan kewangan negara sambil mengurangkan defisit belanjawannya. -MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Industri perhotelan bimbang terjejas susulan kenaikan SST

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI