STARTLE 2025 bukti peranan USAS sebagai hab inovasi

IPOH – Inisiatif Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) sebagai penganjur utama program Sains, Teknologi, Agrikultur dan Landskap Ekspo (STARTLE 2025) secara tidak langsung membuktikan peranannya sebagai hab inovasi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, selain itu, penganjuran program ini turut menyediakan ruang kepada mahasiswa serta pemain industri untuk merintis teknologi baharu yang mampu merevolusikan sektor pertanian, pembangunan landskap, dan industri lain.

“Sebagai institusi pendidikan yang progresif, USAS terus menerajui teknologi, inovasi, dan penyelidikan melalui STARTLE.

“Penganjurannya secara konsisten membuktikan kesungguhan USAS dalam memperkasakan mahasiswa, menghubungkan akademia dengan industri, serta memacu penyelidikan dan inovasi yang relevan dengan keperluan masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian penutup program STARTLE yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Mydin Mall di sini, hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor USAS, Profesor Datuk Dr Wan Sabri Wan Yusof.

Justeru, Saarani berkata, STARTLE 2025 adalah platform terbaik bagi mahasiswa untuk mempersembahkan inovasi mereka.

“Program ini juga membuka ruang untuk percambahan idea, pertukaran kepakaran, serta peluang mendapatkan bimbingan daripada pakar industri dan pensyarah,” ujarnya.

Program STARTLE adalah merupakan acara tahunan anjuran Jabatan Teknologi Maklumat, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS).

Mula diperkenalkan pada 2019 sebagai inisiatif untuk memupuk budaya inovasi dalam kalangan pelajar.

Program ini telah berkembang menjadi platform yang berprestij untuk pameran projek saintifik, teknologi, agrikultur, dan landskap yang berorientasikan produk penyelesaian masalah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Pelajar USAS menang tempat ketiga pidato IPT serantau

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI