STEM penuhi keperluan pelaburan syarikat teknologi dunia

GOPENG – Rakyat disaran untuk melibatkan diri dalam pembangunan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) sebagai memenuhi usaha kerajaan menarik pelaburan daripada syarikat-syarikat teknologi gergasi dunia.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, malah bidang STEM juga merupakan solusi kepada isu sejagat seperti berkaitan dengan perubahan iklim, keselamatan makanan dan sebagainya.

STEM penuhi keperluan pelaburan syarikat teknologi dunia Lih Kang sains teknologi
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang pada sidang media Majlis Perasmian Gopeng Tech Play di RTC Perak, Gopeng, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 NOVEMBER 2024.

“Apabila pelabur masuk ke negara kita, sudah pasti mereka memerlukan tenaga kerja untuk mengisi kekosongan jawatan. Dan hal ini penting kepada perkembangan ekonomi dan negara.

“Selain itu, masalah global misalnya perubahan iklim dan keselamatan makanan, ia sebahagian besar memerlukan jalan penyelesaian melalui kaedah teknologi. Disebabkan itu penting bagi kita memperkasakan bidang STEM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Gopeng Tech Play di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Perak dekat sini, pada Sabtu.

Hadir sama, Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teja, Sandrea Ng Shy Ching, ADUN Simpang Pulai, Wong Chai Yi serta Ahli Parlimen Gopeng, Tan Kar Hing.

STEM penuhi keperluan pelaburan syarikat teknologi dunia Lih Kang sains teknologi
Muhammad Hafiezul Hafizz Hussin (tiga, kiri) menjadi johan bagi Kategori Terbuka pada Majlis Perasmian Gopeng Tech Play di RTC Perak, Gopeng, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 NOVEMBER 2024.
STEM penuhi keperluan pelaburan syarikat teknologi dunia Lih Kang sains teknologi
Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rapat Setia menjadi johan bagi Kategori Pelajar Menengah Atas dan Universiti pada Majlis Perasmian Gopeng Tech Play di RTC Perak, Gopeng, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 NOVEMBER 2024.

Justeru itu, Lih Kang meminta agar semua pihak untuk turut menganjurkan lebih banyak program dan aktiviti yang mampu memberi pendedahan kepada masyarakat terhadap STEM sebagai persediaan menghadapi peralihan ke Revolusi Industri 4.0.

Kata beliau, usaha itu juga dilihat mampu memberi peluang luas kepada usahawan teknologi tempatan bagi memanfaatkan teknologi yang ada dalam negara tanpa perlu bergantung pada sumber luar.

Suasana sekitar Majlis Perasmian Gopeng Tech Play di RTC Perak, Gopeng. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 02 NOVEMBER 2024.

Mengulas lanjut beliau berkata, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bersedia bekerjasama dengan mana-mana ahli parlimen untuk menyahut usaha kerajaan membudayakan STEM dalam kalangan rakyat, khususnya golongan muda.

Tambah Lih Kang, untuk itu juga, MOSTI telah pelbagai inisiatif termasuk Minggu Sains Negara, Techlympic, STEM Camp serta terkini program melibatkan 100 saintis ke 100 sekolah dalam masa 100 hari atau Sains, Teknologi dan Inovasi 100 kuasa tiga (STI 100³).

“Usaha itu kita sudah dijalankan dan pada tahun hadapan kita akan teruskan pada fasa kedua.

“Di samping itu, pada tahun hadapan MOSTI juga akan memperkenalkan satu lagi inisiatif baharu untuk kita giatkan lagi pengenalan STEM di semua kawasan parlimen,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

‘AI 4 Belia‘ tonjol pengunaan kecerdasan buatan kepada generasi muda

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI