Stor proses minyak kelapa dara musnah dalam kebakaran

BAGAN DATUK – Sebuah stor memproses minyak kelapa dara dan tempat membela ikan keli musnah dalam kebakaran di Hutan Melintang dekat sini awal pagi Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 4.42 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Hutan Melintang digerakkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi didapati stor kelas B berkeluasan 70×30 musnah terbakar 90 peratus dan tidak melibatkan mangsa.

“Ketua Operasi melaksanakan penilaian situasi seterusnya mengaplikasikan Konsep RECEO dengan mengarahkan anggota melakukanerja-kerja pemadaman menggunakan air dari tangki jentera sehingga kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.

Beliau berkata, operasi terkawal jam 5.35 pagi dan tamat sepenuhnya jam 6.57 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

16,111 kes kebakaran tahun lalu, babit kerugian RM2.09 bilion – JBPM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI