Suami isteri buang undi 15 minit sebelum pusat mengundi ditutup

TAPAH – Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Tandewa Sakti di sini adalah yang pertama ditutup bagi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Pusat mengundi yang hanya mempunyai 378 pengundi berdaftar dan satu saluran itu ditutup tepat jam 4 petang tadi.

Tinjauan Malaysia Gazette (MG) Perak, di lokasi mendapati pusat mengundi tersebut lengang dan hanya dipenuhi dengan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, tiga orang pengundi sempat menunaikan tanggungjawab mereka pada saat akhir sebelum pintu pagar ditutup.

Poon Tuck Chee, 49, dari Ipoh tiba di pusat mengundi tersebut bersama isterinya, Lim Yoke Yin, 49, sekitar jam 3.45 petang dan selesai membuang undi kira-kira 10 minit kemudian.

Suami isteri sempat mengundi 15 minit sebelum pusat mengundi ditutup
Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menutup pagar Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Toh Tandewa Sakti, Tapah tepat jam 4 petang tadi selepas tamat waktu mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Pusat mengundi di sekolah itu merekodkan pemilih berdaftar terendah iaitu seramai 378 orang dengan satu saluran mengundi. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 APRIL 2025.

“Saya dan isteri tiba lewat di pusat mengundi kerana menyelesaikan urusan hal anak-anak dan bertolak ke Ipoh pada jam 3.05 petang.

“Jalan pun tak sesak dan kami sampai sebelum pintu pagar ditutup. Saya rasa lega bila dah mengundi,” katanya ketika ditemui di luar pusat mengundi tersebut pada Sabtu.

Untuk rekod, Pusat Mengundi SK Toh Tandewa Sakti adalah salah satu daripada 19 pusat mengundi yang dibuka sempena PRK DUN Ayer Kuning.

Baki 18 pusat mengundi yang lain akan ditutup pada jam 6 petang.

PRK Ayer Kuning melibatkan seramai 31,281 pengundi berdaftar menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Dr Mohamad Yusri Bakir, calon Perikatan Nasional (PN), Abd Muhaimin Malek dan Bawani KS dari Parti Sosialis Malaysia (PSM). – MG Perak

Artikel Berkaitan:

31,281 pengundi Ayer Kuning mengundi hari ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI