Suami isteri sesak nafas dalam kebakaran kedai dua tingkat

TANJUNG MALIM – Sepasang suami isteri berdepan detik cemas apabila mengalami sesak nafas dalam kejadian kebakaran kedai pemborong makanan dua tingkat di Jalan Bunga Anggerik, dekat sini pada Khamis.

Suami yang berusia 36 tahun dan isteri 31 mengalami sesak nafas akibat terhidu asap

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 04.34 pagi.

Menurutnya, sejurus selepas itu seramai 20 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, dan BBP Slim River diatur gerak ke lokasi kejadian.

Tambah beliau, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian mendapati kebakaran melibatkan sebuah kedai dua tingkat berkeluasan 20X80 kaki dengan bahagian bawa terbakar 60 peratus.

“Terdapat tiga mangsa terlibat. Pasangan suami isteri yang berada pada tingkat atas kedai berkenaan berjaya dibawa keluar oleh anggota penyelamat.

“Seorang lagi mangsa perempuan dewasa warga Cambodia yang berada di kedai sebelah juga dibawa turun oleh anggota penyelamat dalam keadaan selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Ujar Sabarodzi, dua mangsa yang mengalami sesak nafas dalam kebakaran itu dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Kata beliau, pasukan bomba melakukan kerja-kerja pemadaman api dengan menggunakan satu aliran 100 kaki dengan 100 pancutan dari tangki jentera.

“Operasi pemadaman kebakaran mula terkawal pada jam 5.01 pagi sebelum ia berjaya dipadamkan sepenuhnya,” katanya lagi.

Operasi yang diketuai Komander operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Saiful Ammar Ismail itu tamat sepenuhnya pada jam 06.18 pagi. – MG PERAK

 

Artikel Berkaitan:

Tiga lelaki sesak nafas terhidu gas karbon monoksida dalam SUV

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI