Sukan SEA: Angkasawan Negara ketuai skuad taekwondo buru dua emas

KUALA LUMPUR – Pengurus skuad taekwondo negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha yakin barisan atletnya mampu melepasi sasaran dua pingat emas pada Sukan SEA Thailand 2025.

Angkasawan Negara itu berkata, Malaysia pada temasya kali ini menetapkan sasaran dua emas dan tiga gangsa namun optimis percaya kemampuan atlet negara mampu menghadirkan kejutan positif.

“Di atas kertas, sasaran adalah dua emas dan tiga gangsa tetapi secara peribadi saya yakin pasukan ini mampu meraih lebih daripada itu.

“Saya percaya akan ada kejutan, kita tunggu dan lihat,” katanya menerusi hantaran di laman Instagram miliknya.

Skuad taekwondo negara dibarisi 15 atlet dan empat jurulatih dengan kira-kira 70 peratus adalah atlet muda yang dianggap memiliki potensi besar untuk menyinar di pentas antarabangsa.

“Setiap atlet mempunyai kekuatan tersendiri dan turun berjuang untuk mengharumkan nama negara. ”

“Sasaran itu penting, tetapi kami tidak mahu memberi tekanan berlebihan kepada mereka. Fokus utama adalah persembahan terbaik demi Malaysia,” katanya yang juga Setiausaha Agung Taekwondo Malaysia. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI