SUKMA 2024: Kontinjen Perak tambah sembilan pingat emas

IPOH – Kontinjen Perak menambah sembilan pingat emas lagi dan kini berada di kedudukan kelima pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak setakat jam 10.30 pagi ini.

Skuad muaythai antara penyumbang terbesar pingat semalam dengan empat emas, satu perak dan satu gangsa.

Empat pingat emas tersebut disumbangkan Raja Izati Nabiha Raja Anuar dan Raja Izaffudin Petra Raja Anuar bagi kategori wanita dan lelaki 42-45 kilogram (kg) manakala Nur Bisyarah Altisya Mohd Zairee untuk kategori wanita (51-54 kg) dan Amirul Nusri Jedan bagi kategori lelaki (57-60 kg).

Pingat perak pula diperoleh menerusi Nurul Najwa Abdullah bagi kategori wanita (54-57 kg) manakala gangsa oleh Nur Balqis Altisya Mohd Zairee untuk kategori wanita (45-48 kg).

SUKMA 2024: Kontinjen Perak tambah sembilan pingat emas
Atlet muaythai, Raja Izati Nabiha Raja Anuar menyumbangkan emas bagi kategori wanita 42-45 kg. Foto ihsan MSN Perak

Dalam pada itu, skuad silambam turut mempamerkan aksi cemerlang di Hikmah Exchange Event Centre Kuching dengan menyumbangkan tiga pingat emas dan satu pingat perak.

G Aswin dan A Vidyasari masing-masing membawa pulang pingat emas bagi acara kuthu varisai lelaki (tanpa senjata) dan serta B Laashmita dalam acara thanithiramai (kemahiran individu).

Aswin membawa memperoleh pingat emas selepas mendapat markah tertinggi 8.67 mata, mengatasi T Yoganath (8.13 mata) dari Wilayah Persekutuan untuk perak dan gangsa milik wakil Selangor, S Kahlisswaran (8.10 mata).

A Vidyasri pula memenangi pingat emas dengan 8.33 mata, meninggalkan M Iswari dari Terengganu yang mendapat 8.17 mata untuk perak manakala gangsa dimenangi M Harini (7.77) dari Selangor.

Bagaimanapun, H Sharvanish hanya mampu akur dengan pingat perak selepas ketinggalan 0.3 mata di belakang pemenang pingat emas acara thanithiramai dari Selangor M Sarveeshaa (8.10 mata) manakala S Nivess dari Wilayah Persekutuan (8.03 mata) gangsa.

Sementara itu, di Stadium Sarawak, atlet olahraga Jyh Yunn Kuan berjaya memungut pingat emas menerusi lompat tinggi lelaki dengan mencatatkan 2.12 meter (m) menundukkan Dyllon Thye Weng Ratchaga (2.04 m) dari Wilayah Persekutuan untuk perak dan Reynolds JC Majin dari Sabah yang mencatatkan (2.00 m).

Beregu wanita pétanque, Carmila Nadhirah Mohd Noor dan Nurshafinaz Nor Hishyam mempamerkan aksi cemerlang di Arena Petanque Santubong dengan menumpaskan pasukan beregu tuan rumah dengan memperoleh 13 mata berbalas tiga untuk merangkul emas.

Setakat ini, kontinjen Perak mengutip 64 pingat keseluruhan yang meliputi 16 emas, perak (19) serta gangsa (29).– MG Perak

Artikel Berkaitan:

SUKMA 2024: Perak kutip tiga emas, pecah rekod kebangsaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI