SUKMA 2024: Perak kutip tiga emas, pecah rekod kebangsaan

IPOH – Kontinjen Perak mengutip tiga lagi pingat emas pada temasya Sukan Malaysia (Sukma) 2024 di Sarawak, pada Isnin.

Atlet angkat berat, Qistina Qharisya Suffia Mohd Muzani menyumbang pingat berkenaan melalui jumlah angkatan 144 kilogram (kg) pada acara 45 kg wanita di Dewan Sukan Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan, Betong.

Tidak sekadar menyumbang emas, berusia 19 tahun itu memecahkan tiga rekod kebangsaan melalui acara snatch dengan angkatan 65 kg, dan clean and jerk 79 kg.

Kejayaan itu memadamkan rekod lama yang disandang Nurul Afiqah Zamzuri, iaitu snatch 59 kg, 77 kg clean and jerk dan keseluruhan 136 kg ketika Sukan SEA Filipina 2019.

Pada acara itu, Qistina menundukkan atlet Sabah, Irene Jane Henry dari Sabah dengan jumlah angkatan 137 kg, sementara atlet tuan rumah Katierina Bojing meraih gangsa dengan 108kg.

Di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Miri, pasukan sofbol lelaki Perak berada di tempat pertama podium selepas menewaskan Terengganu dalam perlawanan akhir.

SUKMA 2024 Sarawak Perak kutip tiga emas atlet
Pasukan Sofbol Lelaki Perak berjaya merangkul pingat Emas bagi sukan Sofbol acara Berpasukan pada SUKMA 2024 di Sarawak. foto Majlis Sukan Negeri Perak

Skuad negeri meraih emas selepas membuat 12 larian berbanding empat oleh pasukan Terengganu pada perlawanan lima ‘innings’ itu.

SUKMA 2024 Sarawak Perak kutip tiga emas atlet
Mohd Shah Sholihin Azshar berjaya merangkul pingat Emas bagi sukan Olahraga acara Lompat Kijang pada SUKMA 2024 di Sarawak. foto Majlis Sukan Negeri Perak

Sementara di Stadium Sarawak, Kuching, atlet lompat kijang, Mohd Shah Sholihin Azshar menyumbang emas kepada kontinjen negeri melalui lompatan 15.41 meter (m).

Atlet berusia 21 tahun itu menundukkan wakil Selangor, Muhammad Izzul Haniff Mohd Raffi yang memperoleh perak (14.96m), serta Eljoe Gutuoh gangsa (14.71m). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

SUKMA 2024: Skuasy, boling tenpin tuai pingat buat Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI