SUKMA 2024: Skuasy, boling tenpin tuai pingat buat Perak

IPOH – Selain pasukan golf Negeri Perak, atlet lain turut mempamerkan aksi terbaik sehingga membantu menyumbang pingat kepada kontinjen negeri dalam Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 Sarawak, pada Ahad.

Sebanyak enam pingat gangsa dituai dari sukan skuasy, boling tenpin, memanah, taekwondo, dan muaythai.

Pemain Skuasy Perak, Low Wa Sern meraih pingat itu dalam acara perseorangan lelaki yang berlangsung di Sarawak Squash Centre, Kuching.

Atlet berusia 18 tahun itu berjaya menundukkan lawannya dari Kelantan, Muhammad Amir Amirul Azhar dengan keputusan 11-4, 11,8 dan 12-10.

Pada acara itu, pemain dari Wilayah Persekutuan, Joachim Chuah meraih meraih pingat emas selepas menewaskan wakil Negeri Sembilan, C Ameeshenraj.

Gangsa seterusnya disumbangkan melalui acara boling tenpin oleh trio lelaki Negeri Perak, Ammar Isyraf Mohammad Qhairul Nizzam, Wooi Zi Jun dan Chong Yew Jin.

Dalam acara bertiga kumpulan gabungan lelaki yang diadakan di Sarawak Megalanes, Batu Kawa, Kuching itu, skuad boling Perak selepas melengkapkan enam permainan dengan catatan, 3,681 pin.

Wakil Negeri Sembilan, iaitu Azraei Najmi Azizan, Izz Naqiuddin Putera Islahuddin dan Carl Zharfan Aisy mengungguli acara dengan catatan 3,726 pin.

Sementara Megat Zaqrul Haiqal Megat Zairudin, Muhammad Hariz Adlan Azman dan Muhammad Aqil Faizal yang mewakili Pulau Pinang mengutip pingat perak, selepas menjatuhkan 3,711 pin.

Di samping itu, gangsa kontinjen Perak juga disumbangkan Atlet Muaythai negeri, Nur Balqis Altisya Mohd Zairee selepas menewaskan wakil Pulau Pinang, Nur Farhana Alia Nazri melalui acara 45-48 kilogram (kg) wanita di Paragon Mall, Bintulu.

Pada masa sama, di Lapangan Sasaran Memanah, Petra Jaya, atlet memanah Perak, Abdul Fathir Aqil Rafizam memungut gangsa selepas memperoleh 691 mata pada acara 50 meter (m) compund lelaki.

Pingat emas pada acara itu diperoleh atlet memanah Wilayah Persekutuan, Afiq Zufar Mohamad Shah melalui catatan 692 mata, juga dikongsi mata pemanah Terengganu, Muhammad Aiman Syafiq Mohd Tariki yang berada di kedudukan kedua.

Sukan taekwando pula menghadiahkan dua pingat gangsa melalui atlet, Hui Yee Lee melalui acara wanita tidak melebihi 67 kg serta L Roshini dalam acara wanita melebihi 73 kg.

Setakat malam ini, kontinjen Perak berada di kedudukan 10 terbaik dengan kutipan 25 pingat keseluruhan yang meliputi empat emas, perak (lima) serta gangsa (16). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

SUKMA 204: Golf sumbang emas keempat buat Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI