Sukma 2028 di Kelantan mungkin terakhir dianjur negeri

KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan sedang mempertimbangkan cadangan agar penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) diuruskan sepenuhnya Majlis Sukan Negara (MSN) yang bakal menyaksikan edisi 2028 di Kelantan kejohanan terakhir dianjurkan di negeri.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, pihaknya ketika ini membuat kajian berhubung perkara tersebut memandangkan setiap negeri penganjur ketika ini sering menyenaraikan sukan yang memberi kelebihan kepada mereka.

Menurut beliau, langkah tersebut bagi memastikan pemilihan sukan yang dipertandingkan di Sukma pada masa hadapan lebih konsisten

“Selepas (Sukma) Kelantan, akan tamat kitaran di mana semua negeri sudah menjadi penganjur. Memang negeri penganjur akan cari sukan yang mampu memberikan mereka kelebihan untuk mendapatkan pingat.

“Oleh itu, bermula selepas Kelantan, jawantakuasa sedang mempertimbangkan supaya Putrajaya atau MSN yang menjadi penganjur. Tidak ada lagi penganjuran oleh negeri supaya ada konsistensi sukan yang dipertandingkan.

“Beri kita ruang untuk kaji dan pastikan kesinambungan itu wujud. Ia bagi memastikan ada laluan untuk pembangunan atlet yang konsisten,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Ibu Pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM) yang turut dikenali sebagai Olympic House di Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut disaksikan Presiden MOM, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria.

Sukma 2026 di Selangor menyaksikan pengguguran sembilan daripada senarai 30 sukan wajib yang mengecewakan beberapa pihak.

Namun KBS memuktamadkan empat sukan tambahan pada Sukma yang dijadualkan berlangsung pada 15 hingga 24 Ogos tahun depan.

Antara catur, e-sukan, kriket dan kabaddi telah diluluskan sebagai sukan tambahan rasmi bagi edisi ke-22 temasya itu.

Sementara itu, Hannah meminta semua pihak menghormati keputusan penganjur dalam pemilihan sukan dipertandingkan selain mengakui ada perancangan untuk menganjurkan sukan yang tidak disenaraikan dalam Sukma.

“Kita bagi ruang serta menghormati negeri penganjur dan kita akan bincang berhubung penganjuran sukan bukan Sukma,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI