SUKMA 204: Golf sumbang emas keempat buat Perak

IPOH – Sukan golf meraih pingat emas keempat buat Kontinjen Negeri Perak meraih pada  Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Kelab Golf Sarawak, Petra Jaya, di Kuching, Sarawak, pada Ahad.

Malah, lebih manis lagi, sukan itu juga turut menambah bilangan pingat gangsa dan perak melalui acara individu lelaki, individu wanita dan lelaki berpasukan bagi mengukuhkan kedudukan kontinjen negeri pada temasya sukan itu.

Siti Nur Husna Aina Abd Karim Nast, Wang Xin Yao, Nurul Adawiyah Abdul Jalil, dan Nur Diana Syafiqah Abdullah merangkul pingat emas buat Perak bagi acara berpasukan wanita.

Dalam saingan itu, pasukan golf wanita negeri itu berada di kedudukan pertama selepas mencatatkan mencatatkan jumlah keseluruhan tiga pusingan sebanyak 676 pukulan.

Pasukan Selangor terdiri daripada Foong Zi Yu, Nur Batrisya Balqis Abdul Ghani, Aarthi Ganesan, G Kaathiyayani di tempat kedua.

Sementara pasukan tuan rumah yang diwakili Angel Hii, Mirabel Ting Ern Hui, Abigail Kedung Pearson serta Syarifah Aiysyah Tijan Syed Fazil terpaksa selesa meraih gangsa.

Terdahulu, Xin Yao pula menghadiahkan pingat perak buat kontinjen negeri bagi acara individu wanita.

Dalam acara itu, wakil tuan rumah, Mirabel Ting Ern Hui meraih emas sementara atlet Selangor, Foong Zi Yu, akur di kedudukan ketiga.

Pada masa sama, Andrew Yap Yung Cheng menghadiahkan pingat gangsa buat kontinjen negeri bagi kategori individu lelaki.

Sementara Wakil Sarawak, Anson Yeo Boon Xiang menjuarai acara dengan pingat emas mengatasi Muhammad Ajmal Amin Mohd Fajri dari Selangor yang berada di kedudukan kedua.

Selain itu, pasukan golf lelaki negeri yang diwakili, Aiden Tai John Roberts, Yung Cheng, Lim Hao Yu, dan Muhammad Rafiq Nadzimi Ramlan meraih gangsa bagi acara berpasukan lelaki.

Mereka berada di kedudukan ketiga di podium selepas mencatatkan jumlah 669 pukulan bagi tiga pusingan.

Acara itu dimenangi pasukan dari Selangor yang diwakili Austin Gan Zi Ming, Poon Jia Hao, Mohamad Ajmal Amin Mohd Fahri dan Ezekiel Riz Hafi Suzearitz.

Semetara pasukan tuan rumah yang diwakili, Cayden Ze Wen Kong, Anson Boon Xiang Yeo, Wesley Chai Wui Chern dan Joshua Lim Zhi Xing memperoleh pingat perak. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

SUKMA 2024: Perak raih emas kedua

SUKMA 2024: Perak kini berada di tangga ke-9

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI