KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-68 di Istana Iskandariah, di sini, pada Sabtu.
Keberangkatan Sultan Nazrin di Istana Iskandariah di Bukit Chandan dekat sini diiringi Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.
Turut berangkat Raja Muda Perak Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim.
Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin.
Baginda kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 102 anggota dan tiga pegawai daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen yang berpangkalan di Kem Sangro Taiping, diketuai Kolonel Abdul Rahim Hamzah.
Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan oleh Pasukan 41 Bateri Regimen Altileri Diraja Istiadat berpangkalan di Kem Sungai Buluh, Selangor yang diketuai Mejar Hafizan Mat Ghani.
Sementara itu, pancaragam pengiring adalah daripada Brassband KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di bawah pimpinan Leftenan Diya Muhamad Ali Rajaie Nor Mohamed.
Sultan Nazrin berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak kepada seramai 213 penerima sempena ulang tahun hari keputeraan baginda kali ini.
Daripada jumlah itu, seramai 59 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing hari ini. – MG Perak
Artikel Berkaitan:
Keputeraan Sultan Perak: Syed Danial, Wan Suraya antara 213 penerima darjah kebesaran
[…] Sultan Nazrin berangkat ke istiadat pengurniaan darjah kebesaran Perak […]
[…] Sultan Nazrin berangkat ke istiadat pengurniaan darjah kebesaran Perak […]
[…] Sultan Nazrin berangkat ke istiadat pengurniaan darjah kebesaran Perak […]