Sultan Nazrin berangkat ke istiadat taat setia, pengurniaan darjah kebesaran

KUALA KANGSAR – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda di Istana Iskandariah, dekat sini, pada Ahad.

Berangkat sama, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah; dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-69 Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR 09 NOVEMBER 2025.

Sultan Nazrin kemudian berkenan memeriksa kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 103 anggota dan tiga pegawai daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen yang berpangkalan di Kem Sangro Taiping, diketuai Kolonel Abdul Rahim Hamzah.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Perak, Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Hari Keputeraan Sultan Perak, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Raja Permaisuri Perak, Raja Muda Perak, Kerajaan Negeri Perak, Darjah Kebesaran Perak, Sambutan Ulang Tahun Keputeraan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-69 Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR 09 NOVEMBER 2025.

Sebanyak 21 das tembakan meriam dilepaskan oleh Pasukan 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat) berpangkalan di Kem Sungai Buloh, Selangor yang diketuai Mejar Hafizan Mat Ghani.

Bersempena Hari Keputeraan Sultan Nazrin yang ke-69, seramai 238 penerima telah mendapat perkenan baginda untuk dikurniakan Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Perak.

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Sultan Perak, Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Hari Keputeraan Sultan Perak, Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, Raja Permaisuri Perak, Raja Muda Perak, Kerajaan Negeri Perak, Darjah Kebesaran Perak, Sambutan Ulang Tahun Keputeraan
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia dan Penganugerahan Darjah Kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-69 Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, pada Ahad. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR 09 NOVEMBER 2025.

Daripada jumlah itu, seramai 29 individu akan menerima darjah kebesaran masing-masing di Istana Iskandariah di Bukit Chandan dekat sini pada Ahad.

Sementara selebihnya akan menerima darjah kebesaran masing-masing di lokasi sama pada sesi kedua yang akan berlangsung pada 15 November nanti. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Keputeraan Sultan Perak: Lebih 500 jemaah hadir majlis bacaan Surah Yasin, doa selamat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI