Sultan Nazrin berkenan sampaikan hadiah Tilawah, hafazan al-Quran Perak

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke majlis penutup dan penyampaian hadiah Tilawah dan Hafazan al-Quran peringkat negeri di Pusat Konvensyen Casuarina, Meru di sini, pada Khamis.

Turut berangkat ke majlis itu Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa.

Hadir sama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini serta Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Datuk Harith Fadzillah Abdul Halim.

Cik Hasnul Taqiyuddin Cik Sazali muncul johan qari manakala Puteri Kalimatul Azzua Hamid pula johan qariah dengan masing-masing meraih hadiah wang tunai RM12,000, pakej menunaikan umrah bernilai RM10,000 dan plak.

Naib johan qari dimenangi Mohd Kamaruzaman Daud dan Mohamad Sahran Termizi di tempat ketiga, manakala naib johan qariah dimenangi Nurul Syafiqah Nardi dan Siti Syahirah Isa di tempat ketiga.

Naib johan dan tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai RM9,000 dan RM7,000 berserta plak.

Johan bagi qari dan qariah hafazan kategori 1 hingga 30 juzuk disandang Muhammad Ammar Daniel Ahmad Sukry dan Siti Sarah Muhammad Hanif yang mengulangi kejayaan sama diraihnya tahun lalu.

Masing-masing meraih hadiah wang tunai RM12,000, pakej menunaikan umrah bernilai RM10,000 dan plak.

Dalam pada itu, johan qari dan qariah hafazan kategori 1 hingga 20 juzuk diraih Muhammad Firdaus Muhd Danial dan Nur Nabila Syafiqah Mus Irwan dengan masing-masing menerima hadiah wang tunai RM7,000 serta plak.

Bagi johan qari dan qariah hafazan untuk kategori 1 hingga 10 juzuk pula dimenangi Muhammad Farish Ossman dan Siti Nursyifaa Shahrizal yang menerima hadiah wang tunai RM5,000 serta plak.

Sultan Nazrin berkenan sampaikan hadiah Tilawah, hafazan al-Quran Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menyampaikan Hadiah kepada Puteri Kalimatul Azzua Hamid yang merangkul gelaran sebagai Johan qariah tilawah al-Quran pada Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah Tilawah dan Hafazan Al-Quran Negeri Perak Tahun 2026 di Pusat Konvensyen Casuarina@Meru, Ipoh, pada Khamis. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 29 JANUARI 2026.

Sementara itu, Harith Fadzillah dalam sembah ucapannya memaklumkan acara saringan Tilawah al-Quran telah diadakan pada hari Ahad, 18 Januari lalu bertempat di Institut Tadbiran Islam Perak (INTIM) dengan penyertaan 12 orang peserta yang terdiri daripada sembilan qari dan tiga orang qariah.

“Daripada jumlah tersebut, empat qari dan tiga qariah telah terpilih ke peringkat negeri dengan diadili oleh 12 orang hakim yang dilantik dengan kepakaran masing-masing di peringkat antarabangsa, juga di peringkat negeri bagi menilai aspek-aspek yang merangkumi tarannum, tajwid, fasohah dan suara.

“Manakala bagi hafazan al-Quran, seramai 72 orang peserta telah mengikuti peringkat saringan yang diadakan pada 20 Januari lalu di lokasi sama.

“Peserta-peserta ini mewakili tiga tahap hafazan; Tahap 1 bagi 1 hingga 10 juzuk, Tahap 2 bagi 1 hingga 20 juzuk dan Tahap 3 bagi 1 hingga 30 juzuk.

“Daripada jumlah tersebut, hanya 24 orang yang terpilih ke peringkat negeri, di mana setiap tahap akan diwakili oleh empat hafiz Hafiz dan empat hafizah,” ujarnya.

Johan qari dan qariah serta hafiz dan hafizah bagi setiap tahap akan mewakili Perak ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Stadium Tertutup Kompleks Sukan Negeri Terengganu pada 13 hingga 18 April depan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Aiman Ridhwan, Norhazira Nabila johan Tilawah al-Quran Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI