Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Hari Pahlawan

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah.

Hadir mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris.

Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Hari Pahlawan sultan perak peringkat negeri
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan memberi tabik hormat pada Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak Darul Ridzuan 2024 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Turut hadir, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 JULAI 2024.

Hadir sama, Panglima Armada Barat, Laksamana Datuk Shamsuddin Ludin dan Panglima Briged Kedua Infantry Malaysia, Brigedier Jeneral Asri Shukor.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Kebesaran Negeri Perak, diikuti pemeriksaan kawalan kehormat oleh Sultan Nazrin.

Ia terdiri daripada tiga pegawai dan 102 anggota lain-lain pangkat dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipimpin Deputi Superintenden Mohd Faizan Ahmad dan dibantu Asisten Superintendan Wan Ahmad Fahmi.

Pegawai pembawa panji-panji adalah Inspektor Muhammad Syamil Abdul Manan bersama detasmen perhimpunan mengandungi seramai 408 pegawai dan anggota pasukan keselamatan yang turut melibatkan veteran tentera serta pesara polis.

Sementara pancaragam yang mengiringi majlis adalah pancaragam PDRM Kontinjen Kedah seramai 38 orang di bawah pimpinan Sub Inspektor Abdul Rashid Abdullah.

Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Sambutan Hari Pahlawan sultan perak peringkat negeri
Perbarisan Kawalan Kehormatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Sambutan Hari Pahlawan Negeri Perak Darul Ridzuan 2024 di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 JULAI 2024.

Sebaik sahaja kawalan kehormat selesai, tiupan paluan akhir atau Last Post dimainkan dan Jalur Gemilang diturunkan.

Majlis diteruskan dengan bacaan doa khas Hari Pahlawan oleh Assisten Supritendan Mohd Mahyuddin Mohd Mokhtar dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Ia kemudian diikuti dengan deklamasi sajak bertajuk ‘Darah Yang Terpercik Di Baju’ yang dideklamasikan oleh Koperal Nurul Syuhada Azmi dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak dan Lans Koperal Mohamad Fazreen Jamaluddin dari Batalion Ke-9 Rejimen Renjer Diraja.

Seterusnya, tiupan ‘Rouse’dimainkan dan Jalur Gemilang kembali dinaikkan diikuti lagu Kebesaran Negeri Perak sebelum kawalan kehormatan utama keluar daripada perbarisan sebagai penamat sambutan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Hari Pahlawan: MB Perak hadir ke Majlis Bacaan Yasin

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI