Sultan Nazrin berangkat ke Sambutan Aidilfitri peringkat negeri

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat negeri di Stadium Indera Mulia di sini, hari ini.

Turut berangkat, Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di Hilir, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris A’fifullah Shah.

Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Aidilfitri Kerajaan Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAC 2025.

Keberangkatan tiba baginda berdua pada jam 3.05 petang disambut Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming serta barisan Exco Kerajaan Negeri.

Kira-kira 20,000 rakyat berbilang kaum menghadiri majlis itu bagi menikmati pelbagai juadah yang disediakan seperti ketupat, lemang, rendang, ayam goreng crispy dan kambing golek.

Majlis tersebut diserikan dengan persembahan kebudayaan dan nyanyian lagu-lagu raya.

Sultan Nazrin berangkat ke Majlis Aidilfitri Kerajaan Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Negeri Perak 2025 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 31 MAC 2025.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut berkenan menyampaikan duit raya kepada rumah anak yatim dan asnaf serta pusat jagaan.

Rumah anak yatim dan asnaf serta pusat jagaan terbabit adalah, Rumah Kanak-Kanak Sultan Abdul Aziz Kuala Kangsar, Pertubuhan Badan Kebajikan Anak-Anak Yatim Darussalam, Pertubuhan Pengurusan Rumah Anak Yatim dan Miskin Anning serta Vision Home. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI