Sultan Nazrin berangkat ke Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak

IPOH – Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menghadiri majlis Sambutan Hari Kebangsaan 2024 peringkat negeri di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, di sini, pada Sabtu.

Keberangkatan tiba baginda pada kira-kira jam 8.15 pagi diiringi Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Turut berangkat Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Dihilir Perak Raja Iskandar Dzurkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Sultan Nazrin Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak Sultan Perak
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.
Sultan Nazrin Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak Sultan Perak
Kira-kira 30,000 pengunjung daripada pelbagai bangsa mengibarkan Jalur Gemilang pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Baginda diiringi Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri, Datin Seri Aezer Zubin serta barisan Exco kerajaan negeri.

Sejurus tiba, Sultan Nazrin berkenan memeriksa kawalan kehormat yang terdiri daripada 106 pegawai dan anggota lain-lain pangkat daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Divisyen Kem Sangro, Taiping sambil diiringi pancaragam KD Pelanduk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Majlis sambutan bermula dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Imam Besar Masjid Sultan Azlan Shah, Syed Mohd Muzaffar Syed Azlan, dan bacaan doa oleh Imam Besar Masjid Negeri Perak, Abd Farid Salleh.

Sambutan yang diadakan bersempena dengan Hari Kemerdekaan Ke-67 itu diteruskan dengan nyanyian lagu ‘Negaraku’ dan ikrar Hari Kebangsaan oleh 20 pelajar Kolej Tingkatan Enam Sri Putra.

Sultan Nazrin Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak Sultan Perak
Perarakan daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta mewarnai Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu.
Foto: Aniq Nabilafiq Anuar

Ia kemudian diserikan dengan persembahan koir gabungan dua sekolah iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Sam Tet dan SMJK Ave Maria Convent dengan lagu ‘Madani Jiwa Merdeka’, ‘Tanggal 31’, serta ‘Jalur Gemilang’.

Selain itu, persembahan muzikal bertajuk ‘Serumpun Bak Serai, Sesusun Bak Sirih’ yang mengetengahkan elemen kepelbagaian kaum dan tempat-tempat menarik bersempena dengan Tahun Melawat Perak oleh 60 peserta turut mencuri perhatian yang hadir.

Sultan Nazrin Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak Sultan Perak
Perarakan daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta mewarnai Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Sambutan diteruskan dengan acara yang dinanti-nantikan iaitu perarakan masuk perbarisan 108 kontinjen melibatkan 6,000 orang peserta.

Ia terdiri daripada 71 kontinjen kawad yang mewakili jabatan, kerajaan tempatan, pasukan beruniform, institusi pendidikan, badan berkanun dan swasta di Perak.

Sultan Nazrin Sambutan Hari Kebangsaan peringkat Negeri Perak Sultan Perak
Perarakan daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta mewarnai Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.
Perarakan daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta mewarnai Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan bertemakan “Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka” di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Kemeriahan sambutan juga diwarnai dengan perarakan 22 pasukan pancaragam sekolah dan 15 kontinjen kenderaan daripada pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun, badan bukan kerajaan (NGO) dan swasta.

Kira-kira 30,000 pengunjung daripada pelbagai bangsa mengibarkan Jalur Gemilang pada Sambutan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Negeri Perak Darul Ridzuan di perkarangan Dewan Bandaran Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 OGOS 2024.

Kira-kira 50,000 orang ramai terdiri daripada pelbagai bangsa hadir memeriahkan majlis sambutan seawal jam 6 pagi.

Selesai majlis sambutan, Sultan Nazrin serta tetamu kenamaan lain menghadiri majlis jamuan teh dan penyampaian hadiah di dalam bangunan Dewan Bandaran Ipoh. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

‘Tiada erti merdeka jika pemikiran terbelenggu adu domba’ – Saarani

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI