Sultan Nazrin berangkat rasmi Istiadat Pembukaan Persidangan DUN Perak

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat merasmikan Istiadat Pembukaan Rasmi Tahun Ketiga Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak Ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Ketibaan baginda berdua disambut Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dan Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Khalid.

Istiadat dimulakan dengan berkumandangnya lagu kebesaran Negeri Perak dan pengibaran Bendera Peribadi Sultan.

Seterusnya, baginda berkenan memeriksa Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota lain-lain pangkat dari Rejimen Askar Jurutera Diraja, 2 Divisyen yang berpangkalan di Taiping diketuai Kolonel Abdul Rahim Hamzah.

Pancaragam Pengiring pula terdiri daripada Pancaragam Akademi Tentera Laut Diraja Malaysia, Lumut di bawah pimpinan Leftenan Dya Muhamad Ali Rajaie Nor Mohamed.

Persidangan DUN Perak bermula hari ini hingga Selasa depan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

DUN Perak julung kali laksana lafaz ikrar Rukun Negara

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI