Sultan Nazrin berangkat tonton teater ‘Kampung Boy’

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat menonton persembahan teater Karya Teater Seniman Negara Datuk Lat  ‘Kampung Boy‘ di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, dekat sini, pada Sabtu.

Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim.

Hadir mengiringi keberangkatan baginda, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim serta Ketua Pengarah JKKN, Mohd Amran  Mohd Haris.

Pementasan Teater ‘Kampung Boy’ karya Seniman Negara, Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat) di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 NOVEMBER 2025.
Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan bergambar bersama para pelakon dan produksi pementasan Teater Seniman Negara Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat) ‘Kampung Boy’ di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 NOVEMBER 2025.

Persembahan teater yang berlangsung selama satu jam dan 40 minit itu adalah gabungan kerjasama Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui JKKN Perak serta Pertubuhan Seni Kayangan Perak (PESKAP), dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Yayasan Hasanah.

Pementasan itu merupakan sebagai penghormatan istimewa kepada Seniman Negara Kesembilan, yang juga Seniman Diraja, Datuk Mohammad Nor Mohammad Khalid atau lebih dikenalai sebagai Datuk Lat, atas sumbangan besar beliau dalam mengangkat budaya dan identiti Malaysia ke persada antarabangsa melalui karya-karyanya yang unggul.

Skrip pementasan teater yang menterjemahkan siri komik ikonik “The Kampung Boy” itu ditulis Saad Omar dan diarah Ridhwan Saidi, di samping menampilkan barisan pelakon antaranya, Taiyuddin Bakar, Safura Ya’cob, Ilya Senario, Hadi Mikail, Faris Jamhari, Isma Hakimi, Aqeel Uwais, serta Yeop Nazri.

Pementasan Teater ‘Kampung Boy’ karya Seniman Negara, Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat) di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 NOVEMBER 2025.
Pementasan Teater ‘Kampung Boy’ karya Seniman Negara, Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat) di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 NOVEMBER 2025.

Karya Teater Seniman Negara Datuk Lat ‘Kampung Boy‘ menyingkap kisah kartunis terkemuka tanah air itu sewaktu zaman kanak-kanaknya ketika tinggal di Kampung Lalang Kota Bharu, Kampar sebelum berhijrah ke Ipoh.

Ia memaparkan Lat sebagai seorang anak sulung dalam keluarganya yang gemar menghabiskan masa bermain di hutan, dusun serta kawasan lombong timah bersama rakan-rakannya.

Pementasan Teater ‘Kampung Boy’ karya Seniman Negara, Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat) di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 NOVEMBER 2025.
Pementasan Teater ‘Kampung Boy’ karya Seniman Negara, Datuk Mohd Nor Khalid (Datuk Lat) di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 15 NOVEMBER 2025.

Menginjak pada usia sembilan tahun, beliau telah membantu menambah pendapatan keluarga dengan memanfaatkan bakat semula jadinya dalam bidang seni lukis melalui penjualan komik hasil tangannya kepada rakan-rakan sekolah.

Sebagaimana kisah yang digambarkan dalam ‘The Kampung Boy’, pementasan teater berkenaan, diterjemahkan di atas pentas melalui gaya lakonan realisme yang menonjolkan keindahan kehidupan masyarakat kampung.

Pementasan Karya Teater Seniman Negara Datuk Lat ‘Kampung Boy’ diadakan selama tiga sehingga 16 November 2025 di Auditorium Kompleks JKKN Perak. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Datuk Lat beri karyawan kebebasan penuh untuk menghidupkan teater ‘Kampung Boy’

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI